Showing posts with label alya qistina. Show all posts
Showing posts with label alya qistina. Show all posts

It's 2018!

Haha.. sian blogger ni.. to be honestnya rasanya skrg ni dah bukan zaman nk update kt blog.. semua via facebook dah kot kan.. tp old school is the best sometime.. by the way, hari ni hari rabu! haha semalam cutiii hari buruh 1 Mei 2018! selamat hari buruh kepada semua buruh-buruh termasuk aku.. tahniah kerana berjaya menjadi seorang buruh makan gaji untuk 11 tahun yang lepas dan harapnya diberi kesihatan yang baik untuk menjadi buruh untuk tahun-tahun akan datang!!

Soooo..how to start.. 2016 nampaknya takde lgsg post update.. 2017 1 je post.. so camana kak dj nk mulakan semulaaaaa cerita2 yang bersarang kt dalam hati ni.. kehkehkeh.. let's try!

Work!

Talking about work.. ada bende sikit aku nk update.. 8hb Mei 2018 ni genap lah setahun aku bekerja di Jabatan Kerajaan Tempatan under KPKT kt Putrajaya ni haa menyandang post Kader.. Alhamdulillah genap setahun jugak bekerja jauh dari mak ayah ( JKR ) tp sepanjang tempoh setahun tu rsnya takda lagi aku lupa n rasa mcm taknak balik JKR dah.. hahaha.. 2007-2017 wei.. rsnya aku ingt lg moment aku menangis mcm nk pengsan ms last day aku kt BPKS, CKE.. terasa sedih sangat nak tinggalkan team-mate yang best dan environment CKE yang bole dikatakan semua dalam otak aku.. tapi sesungguhnya perubahan tu untuk sesuatu yang lebih baik inshaAllah.. so walopon rasa berat tapi akuuu happy sebab tak perlu lagi nk tempuh jammed dari kajang ke KL.. and it would be easier for me untuk uruskan anak-anak yang makin hari makin beso.. dikya pon dah darjah 1! haaa takpe tu nt cerita kt bawah.. Jabatan baru ni walopon aku bjaya sesuaikan diri dengan team baru tapiii manakan sama keje ngn JKR.. itulah namanya pengalaman kann.. so far so good dan harapnya aku bole mengekalkan kecemerlangan yang samaaaa kt cni ( cemerlang ke dlu pon? ) hahahaha


kenangan jd dj di cke hehehe

Kids!

Kakak dah sekolah!  

Masa beratur amik ujian saringan darjah 1
Its 2018.. since kt atas td dh cerita pasal perubahan kan.. so bersambung jua perubahan yang ketara untuk anak-anak.. Kakak tahun ni dah darjah 1 and since si kakak ni dapat offer ke SK Saujana Impian which is katanya sekolah ni Sekolah Berprestasi Tinggi makanya aku pon berusaha keras utk masukkan aqil ke sekolah yang sama.. means that aqil kene tukar sekolah dari Seri Abim ke SKSI, dari swasta ke goverment school! Seriusly big jump kan.. sian aqil.. tapi apa nak buat.. kewangan mama dan papa pon taklaa begitu strong untuk sekolahkan dua-dua kt private school.. lgpon i think SKSI ni pon not bad juga. So.. 2018 ni bukan takat mama je yg kene berkorban.. anak anak pon terpaksaaaa juga.. 

And Alhamdulillah.. seem like Alya pon smart girl juga.. masa ujian saringan dapat masuk kelas 1 Marikh. Kelas kedua actually. cuma kelas ni special sbb kelas DLP ( Dual Language Program ) yang mana bdk2 ni akan belajar n practice Math n Science dalam bahasa english! its challenging tp lets tryyyy.. i hope she will be ok! Ujian 1 haritu semua A+ so harapnya maintainlaaa sampai bila2... hehee

Oh and abang pon not bad! Diterima masuk ke sekolah tu and still adapting with new environment.. sekolah government ni letih sikitlah katanya sbb kene jalan sikit nk tgu van pastu tkejar-kejar nk gi sekolah agama pulak.. tp dah 5 bulan ni nampknya oklaa.. xda lg ayat2 taknak p sekolah.. in fact aqil very good in term of bangun pagi.. kol 5.40 dah bangun mandi.. siap2 and van akan datang pick up dalam pukul 6.10-6.15am.. awal gila.. tp that's life!! yang susah tu laa yg buat kite jadi orang.. hahaha ayat selamat. 


first day. abang sessi pagi.. kakak sessi petang

sekolah agama. lucky no 1

Aisy pon dah masuk Taska baru kt KPKT!

pegi balik keje dengan mamat niiii 

Love!

Kalo tak membawang pasal leff leff ni tak bestlah kan.. alhamdulillah a years has passed means dah tahun ke 11 laa ktrg kawin tahun ni and tahun ke 11 jugak duduk tak sebumbung.. tp itulah rezeki kami. Sedangkan lidah lagi tergigit.. cuma we'll improved! yang salah yang silap tu kita jadikan sempadan dan yang baik jadikan sempadan! hehehe semoga Allah memberkati kami sekeluarga untuk tahun 2018 ni dan tahun-tahun akan datang! 

lefff you papa!
OK stop dlu.. nanti sambung lagi yeeeeeeeeeeeeeeee 😉

Dikya dah 4 tahun!!

Setelah 3 bulan baru berjaya mengupdate kejadian meraikan birthday Nur Alya Qistina aka dikya aka budak paling chicky n paling sweet n paling comel dalam family we ols! hahaha.. kasi chance laa dia sapu semua.

1st celebration
Laman Grill Kajang
26.03.2015 


Di hari kejadian.. 26 Mac 2015 tu kebetulan papa drg ada.. so kami se-family yang comel ni pon pegilaa ke Laman Grill kat Putra Kajang..ehehe..ala2 celebrate beria la konon sempena birthday dikya dan jugak sempena papa dapat bonus *woot*woot*..

kek dikya :) sedap ooo..

our main sponsor..hehehe :)



Happy birthday dikya!

Specialnya celebrate birthday kat Laman Grill ni adalah apabila masa drg keluarkan kek ce-poet dalam pinggan yang bapak beso tu..satu restoran akan bergema dengan lagu birthday and crew restoran akan nyanyi ramai2.. dikya terkejut n happy gila tgk semua org tepuk tangan sebut nama dia.. Aqil pon terkejut n pelik camane semua orang boleh tau hari tu birthday adik dia..

Food wise - of coursela sedap.. cuma hari tu aku tersilap pilih menu.. so jadinya tak berapa nak sedap. aqil spt biasa laa dah 2x datang mushroom soup n roti tu jelaa yang dia makan.. Dikya last time suke gila spagetti bolognese dia..tp this time sikit je disentuhnya... Papa amik steak.. Overall it was very memorable event for us anak beranak.. Skali skala celebrate kat fine dining memang menyeronokkan! hehe.



2nd celebration 
Little Caliph Kindergarten, Prima Saujana
27.03.2015

si bulat mama!

Alya and teacher mira :)


Kebetulan birthday dikya sama plak dengan teacher dia.. So on the next day tu kami seponsor la seketul kek untuk diakikahkan bersama-sama kawan2 alya kt tadika.. Niat dihati nak sponsor spagetti n makanan lain pagi jumaat tu..tp tak tersempat.. so kek jelaa jadiknya n olso a goodies bag untuk kawan2 dikya..


3rd celebration 
Kenduri Doa Selamat - Taman Bukit Indah, Melaka ( Rumah Nenek )
27.3.2015

Sessi bacaan doa selamat dari geng surau TBI :)

Black & White Russian Cake by Aida . Tp deco by me!  :)

jubah sponsored by nenek :) Tq nenek

Sessi potong kek dengan abang!

Dengan itu berakhirlah sudah sessi meraikan anak dara saya yang kini secara rasminya berumur 4 tahun :) Hehe.. Next birthday abang on August plak nanti.. :)

To my only daughter so far - Happy 4th birthday darling.. Mama doakan alya jadi anak yang solehah.. bijak pandai.. sehat tubuh badan.. dilindungi Allah selalu dan u know. I love you more than anything in this world!




2014 vs 2015

Sisa-sisa 2014 

My fruit heart at tesco - 25 Disember 2014

Seminggu sebelum datangnya 2015, kami anak beranak balik kampung.. melepak kat melaka menghabiskan sisa-sisa 2014. and this time hafiz cuti paling panjang.. n paling lama rasa dapat tengok muka dia kat rumah.. hehehe.. terasa indahnya bila ada orang tolong buat keje rumah n tlg tgkkan anak-anak.. paling best bila rasa ada je orang teman. I guess itula perasaan isteri-isteri normal yang berpeluang dapat idup dibawah satu bumbung dengan laki sendiri.. :) inshaaAllah my time will come. Keep praying dj! 

Well.. talking about 2015.. semangat aku tahun ni tak laa berkobar mana spt tahun-tahun yang sudah.. sbb mcm kecewa dengan diri sendiri.. tak penahnye dapat nk achieve seme azam-azam tu.. Yang konfirm failed : 

1. No handphone after 7pm 
2. Ganti Puasa 
3. Better wife lalalala~ 

Tapi disebalik failure list tu.. ada jugakla yang bjaya dicapai.. contohnya : 

1. sikitttt lagi nak 45kg ( 46kg kot.. tp tu hanya sementara ) ;P 
2. Sekolahkan aqil kt Seri Abim 
3. Beli CD HH 
4. Family first ( buktinya : i ols duduk di opis tanpa outstation sepanjang 2014 woi.. *pecah rekod* ) 

Another big achievement yang sebenarnya aku tak jangka pon aku akan dapat dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah sendiri ( guna loan gov ) di Taman Tuah Permai kat Durian Tunggal Melaka.. Semua dah selesai kecuali nak sign agreement dari lawyer.. Expected to completed on Disember 2015. Aku pon tak sure ape nak buat ngn rumah ni.. Tapi yang sure its really biggggg jump! and this year gonna be tougher ( financially ) if aku x manage betol2.. huhuhuhu 

Floor Plan 22x70 

Location Map - Tak jauh dari simpang ke Durian Tunggal 

Tadaaaa~ gambo atas brochure 

Cerita Pasal Aqil dan Sekolah Speselnya~ 


Well.. Previous entry dah cerita betapa serabutnya otak aku memikiorkan tentang arrangement aqil n dikya ke sekolah baru masing-masing.. So as planned in the offer letter, aqil kene attend Hari Suai Kenal di Seri Abim pada 2hb Januari 2015. Hari Jumaat. So aku kene mintak EL. Since cuti untuk tahun 2015 belom boleh nak apply through HRMIS. So a week before, kami dah bersungguh-sungguh mempersiapkan segala keperluan anak teruna kami untuk ke sekolah! Dari hujung kaki sampai hujung rambut.. siap berdouble-double lagi. Syukurlah wahai anakku.. Moga Allah mudahkan urusan kamu dalam menuntut ilmu dan menjadi anak yg soleh, berguna pada agama, bangsa dan negara! Chewahhh... *syahdu..tak sangka anak dah besar*

Model tengah praktis baju baru...kasut baru..beg baru
Ni pada hari kejadian, aqil dengan coolnya masuk kelas.. Takde tanda nak nangis ke ape.. Just really cool and ready untuk start sessi sekolah. Cikgu-cikgu nampak okey.. and parent sangatla ramai and super excited macam kami jugak.. Kelas n environment sekolah tu secara overall nampak okey.. Toilet pon bersih.. Ada tali paip tp tandas cangkung.. Harap aqil no problem with that 


Siap peace lagi !

Im a super proud & super worry mama! 
Huhu.. So selesai je hari tu.. aku bersungguh-sungguh cuba setelkan urusan yang pending.. ie : transit and transportation aqil n dikya ke sekolah masing-masing. And by the way, dikya confirmed ke little caliph cuma papanye belom bayar lg registration fee! ;P hahaha.. inshaaAllah akan diselesaikan sebelum start sekolah.. 

well.. status skrg.. Dikya n aqil dah tukar ke taska intelektual saujana yang selang 3 rumah skrg.. So far everything nampak ok walopon aku still x bersua muka dengan owner taska tu.. and aqil cakap taska tu takde TV.. hmm.. aku cuba untuk tak jd begitu fussy.. walopon hati sedikit tercuit. Kesian anak-anak aku.. confirm bosan tahap maharaja lawak.. huwaaa :'( 

Bila dah confirm taska.. dah bole settlekan van.. After calling sane sini, akhirnya dapat jugak van sekolah yang boleh amik aqil dari taska tu ke abim dan anta balik ke taska ptgnya.. Dikya pon kene naik van.. Cuma to be secured, aku carik van yang drivernye perempuan.. So semalam settled dua-dua.. Yang tak settle duitnye jelaa.. 

Both untuk aqil n dikya per month : RM540 ( taska + school fees + van ) 

Bab duit tu takpe lagi.. tp yang penting, aqil n dikya bole blajar elok2.. pandai2..behave2.. tu je yang mama n papa harapkan.. bab2 lain takyahlaa pk. pandai laa kami carik.. walopon terpaksa la korek tanah mana buat masak sup! *harharhar*


3. Cerita Pasal Perut *wink* 

Sisa-sisa 2014 kami dikejutkan dengan berita gumbiraaaaa susulan dari insiden-insiden yang tak dijangka~ hahahhaa. Dipendekkan cerita.. untuk bln 12, aku ada perasaan yang period aku akan overdue.. and tetibe je ada simptom2 pelik pada diri : 
1. pening & rasa mual ( esp pagi ) 
2. rasa letih and lesu.. badan rasa penat sangat ( and malas juge ) 
3. Jerawat banyak tumbuh area dada n belakang badan ( it happened bila preggy b4 ni ) 
4. Terasa asik nak makan aje 
5. Diet tp berat tak turun.. Perut makin naik 

So akibat curiosity yang membukit, aku pon beli pregnancy test 2 days b4 due period.. dan hasilnya : 

Tadaaaaaaa *wink*wink*
So.. kalo ikut tarikhnye.. aku expect baru 5weeks camtu.. sbb baru 1 week delay ( masa test ni belom delay lagi ) so i pon relek2.. Tapi disebabkan perut aku yang rasa mcm beso sngat untuk sebulan pnye pregnancy.. Aku pon rasa curious kuasa dua.. Terus rasa nak pegi scan.. 

first scan kat Klinik Asuza.. Ni laa hasilnya : 

12weeks oii!!!!
Terkejut kan?? aku pon terkejut.. Tapi hati kecik ni dah ada perasaan yang diri ni dah berbadan dua walopon period regular je bulan 11 tu ( in fact period 2x - kuantiti x heavy sangat.. tp mmg bleeding ).. Kuasa Allah kan.. Sape sangka.. cuma kesalnya aku tak jaga makan pon sepanjang 3 bulan ni.. harapnya anak mama sihatlaa kat dalam tu.. 

Feeling? 
Subhanallah.. happy sangat2.. tak sabar nak dukung kamu sayang. Please be healthy my darling.. and make yourself comfortable there yek... 

Medical check up still kat Annur.. cuma 1st time tak dapat jumpa Dr Khamsiah.. Tapi baby nampaknya healthy.. dah gerak..jantung dh berdegup2.. Subhanallahhh. Tak sangka begini besar anugerah yang Allah bagi.. syukur ya Allah. Alhamdulillah :) 

Bile dah tau diri dapat greenlight untuk menggemukkan diri.. maka tugas utama sekarang adalah makannnnn.. makannnnn.. maknnnnnnn :D 

*mee kari sendiri buat*

*duriannn emas & lontong* 

 Kesimpulannya.. 2014 berakhir dengan seribu kenangan manis and for sure 2015 will be moree... inshaaAllah.. eventho its not going to be easy - tp yang aku confirmed Dia selalu ada teman aku :) Bila susah.. Bila senang.. Dia memang ada.

Dia memang ada.

:)


Dilema seorang mama bila ada anak darjah 1 dan 4 tahun!

Hehe.. Panjangnya tajuk entry.. dengan hanya membaca tajuk dah boleh tahu isi kandungan entry ye tak? hehehe.. itulaa yg aku rasa di saat ini.

Confused.
Risau.
Hesitated.
Over-think

Otak rasa penat betul asik pikir pasal ni.. Now almost end of November 2015.. means I just have another a month to prepare everything untuk bebudak ni.. Aqil memang officially akan ke Seri Abim.. cuma isunya.. how about the transportation? Spt previous entry -- Seri Abim ke umah kami bukan calang2 jauhnya esp bila aku dah pun berpindah kt office baru..opposite direction sangat tu.. silap2 kol 10am pon blom tentu sampai kalo pegi nganto aqil..huwaaaa

Yang menjadik nasi tambah lagi apabila dikya pon dah 4 tahun nx year.. it means she have to enroll to playschool! so.. kene pk jugak nak anta mana.. transportation..transit bagai.. and i should overthink on her since she's still a baby! ( at least for me.. ) masa aqil dlu.. makngah ada rumah tolong tengokkan dia pegi n balik tadika walopon naik van.. so hati senang la sikit.. now dikya have to stand on her feet or harapkan pengasuh nurseri tmpt dia transit tlg tgkkan.. itu pon kalo drg tengokla kan...


Option 1: 

Hantar aqil and dikya at the same transit/nurseri. Both of them will be picked up by different van, sorang pegi ABIM.. sorang pegi tadika. Bila petang jumpa balik ctu - tunggu mama balik keje.

rindu zaman ni nanti.. nx yr aqil will be in full school attire ( i think ) :'( 


Isu 1 : 

Mama still x jumpa taska/transit tersebut ( plan : taska sekarang - diff van to be contacted ) . Van yang masuk ke Puncak Saujana Sek,3 tu masih belom dpt dihubungi, hence, tak dapat nak disahkan aqil bole ke tak transit kat Puncak Saujana.

Isu 2 :
We ols super excited untuk register dikya kt sek lama aqil.. however, lepas memikirkan cons over pro maka aku decide untuk enroll dikya kat Little Caliph.. List of registration fees lebih kurang sama dengan tadika aqil.. tapi its included 2 pair of attire.. and backpack! books clearly spelled out..and since little caliph ni well-known program for kindy so why not give it a try kan? Yang aku suka sikit sebab monthly fees dia less about 100.. and operation hours till 6.30pm.. cuma...yang menambah rasa risau bila lokasi premis dia dari elok2 depan jalan taman aku ni bleh plak pindah ke area shoplot kt prima saujana!! huwaaaaaa....

How to achieve Option 1? 

1. Carik pacik azman van aqil tu sampai dapat..konfimkan nurseri/transit tempat dia amik bebudak ni kt sekyen 3.. lepas dapat transit/van tu then baru leh setelkan dikya..


Option 2 

Have to send aqil to Taska Amira kat Saujana Impian. Ni mmg confirm ada van masuk ke Seri Abim cuma Taska Amira ni jauh la plak..kene lalu trafik lite n masuk dalam taman..and it will takes time for sure! dengan aku yg kene bekejar pi opis lg..so bit messy. But if dah xde choice nak wat cane kan.. Ill asked to confirm with Taska Amira tru fb message whether ada van p anta kt little caliph.. if yes then bleh la dua2 transit kt ctu.. but i seriously hope that solution no 1 tu yg 'menang' huhuks


How to achieve Option 2 :

Wait until Option 1 officially cant be achieved.. haha!

I have 1 month left. Clock is ticking dj!
tick tock tick tock



May Allah ease everything. 
Amin.







trobek raya 2014 ( part 1 )

2014 - Raya di Terengganu 

1) A day before Raya 

Seperti biasa - before raya haruslah mengemas diri esp tang rambut my little babies ( babies sangattt ) & hubby. My rambut? haha. tak payah nak kemas sgt. Cukuplah dengan adanya almost 1 dozen shawl by @bonafidescarf. Haha.. serious melampau tahap semangat nak pakai shawl untuk raya tahun ni.. So - layanlah gambar make over kanak2 ribena ini. 


Before make over
After~ make over sangattt. haha
Muke bahgia tunggu turn abg plak
   
Abang culture shock dapat rambut pacak! 

Jalan2 carik samping ( sebelum gunting rambut ) 

2) Persediaan raya 2014

Well.. dah namanya raya kan.. bukan takat orang je nak tukar baju raya - kasut raya - seluar raya.. tp incik k5 pon nak tayar raya jugak.. T_T 

Makanya -- a week b4 raya kot, kami 1 family menggagahkan diri ke Malim, Melaka carik tayar baru untuk K5 papa.. Alhamdulillah ketemuuuuu~ 

Nangis tengok tayar k5.. empat bijik dekat 3k.. untung la ko k5... 

Sob..sob..

Dikya & cap idaman mama
Baju raya tahun ni actually aku baru perasan kitorang recycle dari tahun lepas pny tema. ( Boring duh ) cuma tang me n dikya je lain sikit.. dua2 pakai jubah yg lace dia tu hasil titik peluh mama dikya yang amatur. Jahit asalkan boleh..asalkan nampak mcm melekat kt baju tu.. hahaha. 

Setel! 
Wops..hampir terlupe.. sebab k5 dah menuntut tayarnya.. maka incik langsir juga mau berganti la ini tahun.. hehehe. This year masih mengekalkan tema merah. Sesungguhnya merah itu mmg dah sebati dalam jiwa. So lbh krg 1month b4 puasa.. saya pegilaa mengadap Noraz Curtain.. gedak geduk gedak geduk.. lepas seminggu raya barulah saya ketemu dengan langsir idaman hati ni.. ehehe. No problem pon.. xde sape dtg rumah sminggu tu.. ehehe. Apepon thank you encik laki kak noraz.. sudi dtg kol 10 lebih pasang langsir umah i.. beria2 dia menyusun alun kain tu bg nampak seragam.. ehehe. 3 tahun lagi saya order k.. 

langsir lama dh berkhidmat 3 thn dengan begitu cemerlang

cuwit. walopon merah semata.

view terbukak sikit. *muntah*


3) Pagi Raya 

Alhamdulillah.. kami dapat solat raya sama2.. this year dikya semakin behave dalam masjid.. before orang start solat raya, dikya sempat amik quran n rehal tu.. then duduk kt sudut baca alfatihah ( dalam bahasa dia sendiri -- tp perasan mcm dah betol sgt dah ape dia baca tu ) .. ehehe.. aqil mmg usah disangkal lagi. performance superb seperti biasa..dari terawikh 2 hari sebelum smp la lepas solat raya.. this is one of the best part bila beraya kt terengganu. 

 

Lepas solat raya, haruslah ada sessi bermaaf-maafan gaya family en zamani & pn zaimah.. tp walo camanepon gayanya, aku tetap syahdu syahdan ngn mil. tau aku banyak sgt dosa kat drg.. and bila dah tua2 camni rasa bertuah sgt ada mil yg understanding & tak penah interfere life ktrg & tak penah bg masalah kt ktrg anak beranak.. if and only aku pandai cakap terengganu -- masak stail terengganu -- segala2 mcm org trg.. mesti drg lagi sayang kt aku. hahaha! hipotesis paling tak masuk akal... 

Antara fam pic paling ok :')

ready nak pegi jalan raya dah!
  
3kali raya - masih berputing! 
anak bujang yg plg sweet 
senyum senget - trademark aqil
Ok dah.. setel raya 1st. Raya kedua kami dah bersiap2 untuk mengangkutkan diri untuk beraya di sebelah melaka plak.. ehehehe. 


Snapshot Ramadhan 2014

1. Ujian Pra Kelayakan Murid Tahun 1 - SRI ABIM, Sg Ramal, Kajang

Till today --  masih takde sebarang jawapan. Kalo tanya aqil dia cakap ujian tu senang ja. Tapi entahlah, hati mak ni kan..gundah semacam ja..tiap2 hari check post box..berharap sangat aqil dapat sekolah kt situ.. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala-galanya. 

muka konfiden ja sebelum amik exam.. selepas pon rupe ni jugak!

2. Meronggeng bersama budak joreng & Mama dieha 

14 Julai - a day before Cuti Nuzul Quran, aku keluar meronggeng dengan budak kecik kt bawah ni dan tak dilupai member secetak -- sesaiz -- sekutu -- dan mcm2 se lagi -- dieha. Kebetulan, aku cuti dan aku bosan melepak tengok mak menjahit baju.. so i ols pon amik kesempatan untuk keluar jap.. sangat jarang boleh keluar dengan macik dieha tu sebab Isnin tu still sekolah and I knew, macik dieha tu bukan senang2 dapat keluar.. Nak dijadikan cerita, tibe2 dia free.. so kami bertiga ( Aqil x ikot sebab dia posa ) pon jalan2 perabih duit ( tak abis mana ) kat Kaison, Mahkota Parade. 

AKu jadik saiko dalam kaison tu.. semua barang rasa nak beli.. tapi last-last aku amik bunga2 untuk letak 2 tempat kat umah mak..x abis rm50 pon..hehehe. Cermin mata joreng kt bawah ni pon rm2.50 ja

Amacam? Bole jadi model Poney tak

 3. Make-over sangat  

Cubaan kakton mengubah hall kakton dari segalanya merah-merah-merah kepada sikit2 kaler lain..hehehe. Thanks to my twin yg banyak bagi pendapat bab-bab kaler ape nk pilih untuk bantal tu..hehehe. Walopon dia suruh tukar kaler pink tu..tp jiwa i mcm suka plak campur2 camtu.. mcm ceria2 plak kan..Takdelaa garang semacam je..

Untuk dining pon aku ubah sikit kat frame -- jadi kt situ tema kaler dia kuning-merah-hitam. Selangor dihatiku kononnya.

Langsir pon dah tempah..malangnya belum siap. *sigh*


4. Peel di bulan Ramadhan 

Layankan aje...
Tengok tangan dia tak lepas pon kt puting... aiyooo..makin menjadik plak kasih sayang dikya pada puting..
tapi hati ni x sampai nak gunting puting tu..
Hmmm...


   


Orang paling puasa sekali


Reward. 
Aqil dah semakin matang dan semakin hebat berkata-kata..hehehhe.. Ketahanan mental n fizikal pon nampak improve. Alhamdulillah..termasuk hari ni dia dh puasa 15 hari..hehehe. ok la tu kan..super skinny mcm dia ni mmg x sampai hati nak kasi puasa.. T_T So kalo dia dpt 10 hari pon bg aku dh kejayaan besar sangat dah..hehehe.

Ok..tu dulu, nanti kalo ada masa yg agak-agak tak berapa nak guna aku update plak episod hari raya yang bakal menjelang 3 hari lagi..wehuuuuuuuu.

p/s : kene bayar fidyah lagi tahun ni. hancus azam!