Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

welcome to the world son! ;)

Assalamualaikum wbt..

Hari ni intro kene bagi salam. hehe. Sebabnya ni adalah hari ke 12 umat islam di seluruh dunia berpuasa..So far Aqil masih bertahan n kekal menggungguli carta berpuasa walaupun badan dh kurus kering..insiden tercherry berry kt sekolah..lembik mcm pisang.. tp dia tetap nak berpuasa mcm orang lain.. Dikya? hehe. langsung belom paham lg erti berpuasa. Dia rasa berpuasa tu boleh makan. So bila dia makan dia rasa dia puasa. and sangatlah marah bila org ckp dia x puasa.. esp abg.. konfim kene lepuk!

Me??

Senyummmmm panjang. Alhamdulillah dapat jugakla menempuh 6 hari puasa tanpa lembik longlai.. I was about to ready untuk check up 36 week which is jatuh pada hari ke-8 puasa ( Khamis 25.6.2015).. So nampak x ada gap kt ctu? why oo why..hhehehe. jom usha next story...

Contraction betul ke main-main ni?

Selasa
23 Jun 2015 - 4.30 pagi 

Hari ni bersahur mcm biasa dengan aqil.. Aqil insist on ikan kerisi goreng ( balance buka dia ) untuk lauk sahur dia.. aku dh sedih dah tgk dia bersungguh cari isi kt tulang2 ikan tu.. So x semena2 aku pon jadik x berselera nak makan..Lepas dah selesai aku ke dapur, amik susu HL dalam fridge and sambil minum aku terdetik kt hati.. "What if -- aku terberanak hari ni? Am i ready? " Then terus naik ke atas.. sambil baring2 aku terlelap.. Tapi sambil terlelap2 ayam tu aku dpt rasa 2x perut rasa x selesa..sort of 'contraction' tp pastu hilang.. Then bangun..mandi n siap2 pegi kerja..

On the way pegi kerja.. perut rasa memulas.. mcm nk tervara pon ada..tp jalan tgh jem.. so aku layankan aje sakit perut tu..sampai opis rasa memulas tu takde dah.. hehehe. Pelik. Tp aku dh rasa semacam...

Sepanjang pagi tu aku rasa mcm tak best.. Tapi siapkan jugakla mana-mana keje yg tak siap.. Nota serah tugas pon aku dah siap2 email kt boss.. Tetibe rasa mcm perlu jugak settlekan semua hari ni..


2.30 petang 

Tibe-tibe rasa lain macam sungguh perasaan perut ni.. aku mula rasa mcm tak sedap hati.. macam rasa ada contraction.. tapi tak sakit mana.. dah 4 tahun kot x merasa contraction tu..so since baru 36 weeks 4 days aku assume itu adalah braxton hicks contraction. SO aku diamkan.. sambil2 kira jugak movement baby. SO far baby mmg move.. orang cakap kalo dah nak beranak baby dah x move.. so aku yakin betol tu braxton.. so abaikan. kaki pon tak bengkak.. lame lagi laa ni kan..


3.30 petang

Pelik. Rasa pelik yang datang dari ari-ari sampai ke pinggang tu tak berenti since pukul 2 td.. aku mula counting.. Pegi jalan2 jugak kot-kotlaa feeling tu bleh hilang kan.. Pegi surau. Baring-baring layankan rasa pelik tu.. Tapi layan pnye layan mmg konfiden betol contraction tu datang setiap 20 minit skali.. and consistent! Ahh sudahhh.. biar btul ni.


4.30 petang

Aku dah rasa lain macam.. so info Liana..yang aku rasa aku kne balik awal.. Contraction tu dah ada selang 15 minit..walopon aku check mmg takde discharge whatsoever.. Tak sempat info boss sbb kang buatnya false alarm kene kecam plak ngn boss! haha. sambil2 tu whatsapp jugak dengan geng2 utp masing2 dh membebel suruh pegi hospital terus..

Sampai rumah aku baring-baring lagi.. tengah fikir nak pegi hospital ke tak..kalo pegi b4 buka konfim burned puasa aku kene seluk2 semua.. so aku decide untuk pegi hospital lepas buka nanti..


Mulanya sebuah Perjuangan..

8.30 malam
Hospital Pakar An Nur Bangi 

Lepas buka aku kemas semua barang-barang untuk dibawak ke hospital..in case kalau kene tahan hari ni..aqil and dikya pon redha je duduk ngan makngah ayu dia.. takde pulak nak ikut aku ke ape bila cakap mama nk gi hospital.. So otw driving ke hospital mcm2 aku pk.. jadik ke tak beranak tah.. Hafiz tau aku rasa tak selesa..tp dia ingt biasa2 je..

Sampai hospital..aku terus kene naik labor room.. check ctg baby.. so bermula laa episod berwayar2 kt perut..ada sorg bidan ni mintak izin nak check bukaan..so bila dia check apparently dah 3-4cm!! Ya Allah.. officially jadik beranak laa aku malam ni.. and seperti biasa aku sorang-sorang kt labor room sementara tunggu hafiz otw dari terengganu.. mujurlaa ada whatsapp..mbr2 dan family banyak bagi support so aku taklaa rasa keseorangan sangat sambil layan contraction..

before deliver! 
This time.. Dr Wan Masliza ( kot nama dia?) yang entertain case aku.. Dr oncall malam tu.. Muda dan lembut orangnya.. pukul 10 dia mintak untuk pecahkan air ketuban lps tgk bukaan aku tak banyak progress.. Aku request for epidural.. So adalah sangat mendebarkan kene cucuk epidural tu untuk ketiga kalinya.. After epi aku still rasa contraction tu..walopon taklaa heavy mana..

Then time2 tgh syahdu layan contraction sorg2.. mak call.. dah sampai hospital! Ya Allah mmg tak sangka mak sanggup datang sebab ajim still sekolah esoknya.. Nangis aku peluk mak..dia tau aku perlukan dia time-time camni kan..mak temankan aku dalam labor room sementara tunggu hafiz sampai.. cuma this time aku perasan yang contraction tak berapa ganas.. or maybe tahap toleransi aku dengan sakit tu dah semakin meningkat compared to masa bersalin dikya dulu..

Pukul 1.00 pagi hafiz sampai.. bukaan dh 6cm tapi consider lambat since air ketuban dah pecah pukul 10 td.. Dr dah mula risau.. dia masukkan ubat untuk percepatkan bukaan sambil check ctg jugak.. tersengguk-sengguk jugak pacik tu temankan aku..hehe. Pukul 3.00 pagi.. Dr info yang heartbeat baby dropped stiap kali contraction.. its like baby 'tak tahan sakit'..Dr observed lagi.. sampailaa pukul 4.00 pagi.. CTG baby still sama.. Dr decide untuk caesar sbb takut baby distress! Aku dah terlopong..serius ke ni?? then Dr try check bukaan for the last time before decide untuk caesar.. Alhamdulillah...Dr cakap almost fully dilate..so dalam sekelip mata semua nurse-nurse dalam labor room tu prepare untuk sambut baby aku..cuaknya Allah je yang tahu bila dua-dua kaki dah kene sangkut tepi katil tu..haha. saspen!

tgh layan contraction!
Then.. for 2nd time.. aku diberi peluang untuk merasa sakit bersalin secara normal cuma this time dibantu dengan vacuum.. episod teran meneran and semua nurse-nurse termasuk hafiz mcm cheerleader dh.. suruh pushhhh panjang-panjang dalam 1 nafas.. huwaaaa.. serius penat! tapi finally tepat 4.17pagi seorang umat nabi muhammad keluar and landing atas perut aku!

Subhanallah..Alhamdulillah.. Its a boy. All covered dengan cecair putih..crying and physicically perfect!! Its the best feeling ever!!! *tp tak sempat snap*

Phewww.. finally settle perjuangan aku melahirkan anak ketiga.. terasa sangat manis perjuangan kali ni bila ditemani encik suami dan mak yang setia menunggu kt luar..barangkali berbakul doa dia agaknya. Terima kasih semuanya :) im officially mom of three wonderful child!


setel!! bole ^.^V lagi...

welcoming the tiny guy in family!

Happy daddy!




Preparation menyambut baby aisy!

This week i'm officially 34 weeks preggers u ols! Pehh.. pejam celik pejam celik lagi 3 minggu dah boleh beranak tanpa risau.. So sementara ada sikit masa terluang ni boleh laa mengupdate sikit preparation untuk menyambut kehadiran putera ke 2 kami.. hehe.. 

Before tu.. nak update sikit simptom2 dh hujung2 ni.. Obviously terasa berat and baju-baju mmg banyak dh out-of-shape.. Pagi2 dah taktau nak pakai baju ape.. semuanya tertonjol2.. Berat for now dh naik lebih kurang 15kg!! Kembang sama mcm mengandungkan aqil.. Before preggy dalam 47-48kg.. Now dh 62kg T_T .. Merana nak turunkan balik nanti.. huwaaaa.. 

34 weeks preggers!

Istimewanya pregnancy kali ni :

Im suddenly tolerate with milk! Walopon bukan maternity milk.. tp susu HL ni pon dikire bagus untuk ibu mengandung kot kan.. hehehe.. Masa time dikya..apis sawan duk membeli susu soya..dengan harapan anak kluar nanti putih gebu.. This time susu HL ni pulak jadi bende wajib dalam fridge.. Alhamdulillah.. memang tak penah missed minum.. Harapnya sikit sebanyak bagi manfaat untuk mama n baby :)

Wajib minum!

Istimewanya juga this time No-Morning Sickness!

Actually aku sedikit risau bila langsung takde ni.. Ada org cakap morning sickness tu petanda anak genius.. adoi..so aku pon menggooglekan diri untuk nak bagi hati senang sket laa kan..





Bole refer link di atas untuk detail explanation dari incik Doktor. Nak copy paste protected plak.. cuma dari apa yg aku baca morning sickness tu adalah petanda body kita react dengan perubahan kadar hormon dalam badan.. hehehe. So if xde morning sickness tu bukanla bermakna baby kita dalam bahaya ke apa.. it just badan kita maybe lebih mudah menyesuaikan diri dengan kadar hormon tu.. haa.. mcm tu laa lebih kurang ayat Dr ni explain. Alhamdulillah :) He just knows better. Right? 

So memandangkan sekarang ni dah masuk 34week.. So secara rasminya aku dah boleh menyopping tanpa rasa bersalah.. cuma bila skarang dah jauh dari shopping mall n online shopping plak prohibited kat opis so makanya terpaksa laa membeli dan membelahkan diri kat Pasar Tani JKR setiap hari selasa n kamis tu.. takpe baby.. biarpun harga Pasar tp kualiti mcm Pavilion nakkkkk... hehehhehe.. So lets chekiout!

Baju raya aisy.. percayalaa saiz dia mmg tersangat comel!

All rompers n 1 piece shirt! No anakku or pureen brand this time!

bedung/napkin from nagoya - handmade by mak.
So.. Things yang kene ready : 

kene beli!
  1. Kelengkapan/baju baby - baju, seluar, bedung, barut, booten mitten, towel, toiletries, diapers, wet tissues, cotton buds : ALL DONE! ( semua ni dah bungkus dlm 1 beg letak dalam kete ) !
  2. Feeding bottles : NOT YET! Tp dh jumpa online shop yang jual murah kt facebook. Link : Nik Alesya Avent Full
  3. Car seat : NOT YET! Tgh google n mencari yang berkenan di poket mama n papa.. ahaks
  4. Set bersalin - Yang ni aku rs nak try Nona Roguy plak this time.. Tp pon still NOT YET jumpa yang berkenan dengan bajet! Haha..tunggu gaji nantilaa..sempat lagi kot. 
By the way.. This weekend 14-16hb Jun 2015, ada Mesy KJEN kt Awana Genting..and memandangkan aku hulubalang terhebat maka terpaksa laa menjoinkan diri.. and based on advise Dr tadi.. Dia cakap it safe for me to go to the meeting.. InshaaAllah.. mudah2an semuanya dipermudahkan Allah... and lupa plak nak info..starting Jun 2015, Ayu ( our fav babysitter ) kembali menjebakkan diri sebagai babysitter dikya n aqil.. hehe.. Syukur sgt.. At least time tengah sarat ni ada org tolong2 tgkkan aqil n dikya..turun naik rumah yang 5 tengkat ni kannnnnn!!

So.. lets pray mudahan takde pape yang memudaratkan sepanjang perjalanan kami ke sane.. Hhehe.. will be back.

Note : Now tengah tunggu hafiz balik bawak air selusuh n kurma.. beria dia memesan supaya jgn minum selagi sebelum smp due! hehehe.. Tq for ur concern darling.. Im blessed! 

Dikya dah 4 tahun!!

Setelah 3 bulan baru berjaya mengupdate kejadian meraikan birthday Nur Alya Qistina aka dikya aka budak paling chicky n paling sweet n paling comel dalam family we ols! hahaha.. kasi chance laa dia sapu semua.

1st celebration
Laman Grill Kajang
26.03.2015 


Di hari kejadian.. 26 Mac 2015 tu kebetulan papa drg ada.. so kami se-family yang comel ni pon pegilaa ke Laman Grill kat Putra Kajang..ehehe..ala2 celebrate beria la konon sempena birthday dikya dan jugak sempena papa dapat bonus *woot*woot*..

kek dikya :) sedap ooo..

our main sponsor..hehehe :)



Happy birthday dikya!

Specialnya celebrate birthday kat Laman Grill ni adalah apabila masa drg keluarkan kek ce-poet dalam pinggan yang bapak beso tu..satu restoran akan bergema dengan lagu birthday and crew restoran akan nyanyi ramai2.. dikya terkejut n happy gila tgk semua org tepuk tangan sebut nama dia.. Aqil pon terkejut n pelik camane semua orang boleh tau hari tu birthday adik dia..

Food wise - of coursela sedap.. cuma hari tu aku tersilap pilih menu.. so jadinya tak berapa nak sedap. aqil spt biasa laa dah 2x datang mushroom soup n roti tu jelaa yang dia makan.. Dikya last time suke gila spagetti bolognese dia..tp this time sikit je disentuhnya... Papa amik steak.. Overall it was very memorable event for us anak beranak.. Skali skala celebrate kat fine dining memang menyeronokkan! hehe.



2nd celebration 
Little Caliph Kindergarten, Prima Saujana
27.03.2015

si bulat mama!

Alya and teacher mira :)


Kebetulan birthday dikya sama plak dengan teacher dia.. So on the next day tu kami seponsor la seketul kek untuk diakikahkan bersama-sama kawan2 alya kt tadika.. Niat dihati nak sponsor spagetti n makanan lain pagi jumaat tu..tp tak tersempat.. so kek jelaa jadiknya n olso a goodies bag untuk kawan2 dikya..


3rd celebration 
Kenduri Doa Selamat - Taman Bukit Indah, Melaka ( Rumah Nenek )
27.3.2015

Sessi bacaan doa selamat dari geng surau TBI :)

Black & White Russian Cake by Aida . Tp deco by me!  :)

jubah sponsored by nenek :) Tq nenek

Sessi potong kek dengan abang!

Dengan itu berakhirlah sudah sessi meraikan anak dara saya yang kini secara rasminya berumur 4 tahun :) Hehe.. Next birthday abang on August plak nanti.. :)

To my only daughter so far - Happy 4th birthday darling.. Mama doakan alya jadi anak yang solehah.. bijak pandai.. sehat tubuh badan.. dilindungi Allah selalu dan u know. I love you more than anything in this world!




6 months and counting~

Diam tak diam.. its been 6 months rupanya membawak perut n baby comel ini.. hehehe. Alhamdulillah.. its seriusly damn good moment.. Baby tak meragam langsung.. Morning sickness pon boleh diconsider takde yg menyusahkan diri.. Cuma sikit2 letih.. Tak bermaya.. Muka jadi kusam sikit.. and badan obviously membadak dengan jayanya. hahahaha.

At first, aku memang sedikit concern pasal berat badan ni.. Almaklumlah sebelum kejadian berat 47-48.. hari2 baju kurung moden saje wei.. tp dalam sekelip mata.. terus uniform bertukar kepada jubah-jubahan hahaha. Selera makan alhamdulillah jugak.. Lalu saje.. Taburkan serbuk besi dalam nasik pon aku makan jugak agaknye.. hahaha.

Pregnancy this time memang sangat memudahkan aku.. Syukur Ya Allah.. Dia memang selalu kesiankan aku. *sob sob* Walopon tengok orang lain pregnant ada yang takleh bau itu.. takleh makan itu.. takleh masak itu.. mabuk.. pitam.. muntah tak renti bagai.. aduyai.. Dengar pon dh terasa seksanya.. Bahagian masing-masing kan.. Ada yang seksa masa preggy.. Ada yang seksa masa bersalin.. Ada yang seksa lepas bersalin.. Tapi tu bahagian seksa la.. Tp bila ada baby.. semua seksa tu automatically tak terasa.. kalo terasa pon seminggu dua jelaa.. pastu tgk baby sengih2 terus ilang semua!

Well.. masa pregnant yang ni.. Aktiviti shopping berjalan mcm biasa walopon opis skrg ni restrict parcel personal esp from poslaju.. Tensen jugakla.. Tp kl opis bijak kami laaaaagi bijak.. so aku kalo nk menyoping aku mintak seller tu pakai courier selain poslaju.. So berdesup sampai depan muka segala mala yang aku shoppping! hahaha...

Last friday, kami beramai2 buat rombongan gi Hosp Annur jumpa Dr Kham.. Aku sangguup amik cuti excited nak tgk baby..tp benonye sbb malas nak masuk office bile dah tengahari sgt..Paham2laa check up kat Dr Kham tu actually dalam 10 minit dah siap..Tp nak nunggu turn tu yang berejam.. So xpela..ku relakan cuti sehari. Padahal sebenarnya niat di hati lepas check up nak pegi meronggeng dengan sang suami tgk fast n furious 7! hahaha..  Tp itu niat jelaa.. Mane laa tau tetibe pagi tu aqil mcm panas plak badannya.. So papa pon dengan kuasa veto nye xbg aqil gi sekolah.. Dikya plak asalnya ok je bgn bersiap nk gi sekolah.. bile tgk abangnya membatu atas katil dia pon join skali!hehe.. oleh itu secara rasminya.. niat berdeting berdua terpaksa dikuburkan buat sementara.... *sigh* So..siap2 semua.. kol 8.15 camtu kami smp kt Hospital.. amik turn.. makan nasi lemak n huhahuha dengan dua budak ponteng sekolah itu..

5 minit sebelum turn..bleh plak papa dia nak pegi toilet kan.. So, check up this month aku ditemani oleh dua bodyguard comel.. Senyap je tgk dr scan perut mama dia.. hehehhee. Thanks for being here kids.. Papa kau time ni laa nak memerot kan.. sabau jelaa.. Overall.. baby grow very well.. match dengan umur dia skrg.. Alhamdulillah... Moga baby mama sehat2 je dr dalam perut..dh kluar..dh besar n selama2nya :) hehehe. Jom layan gambo 3D scan masa baby 5mo!

hehe. mcm rupe aqil je :)

idung mancung! hehe. cant wait to kiss you dear..
Till then.. praying for the day!
3 bulan je lagi.. hehehe. cant wait. seriusly!

2014 vs 2015

Sisa-sisa 2014 

My fruit heart at tesco - 25 Disember 2014

Seminggu sebelum datangnya 2015, kami anak beranak balik kampung.. melepak kat melaka menghabiskan sisa-sisa 2014. and this time hafiz cuti paling panjang.. n paling lama rasa dapat tengok muka dia kat rumah.. hehehe.. terasa indahnya bila ada orang tolong buat keje rumah n tlg tgkkan anak-anak.. paling best bila rasa ada je orang teman. I guess itula perasaan isteri-isteri normal yang berpeluang dapat idup dibawah satu bumbung dengan laki sendiri.. :) inshaaAllah my time will come. Keep praying dj! 

Well.. talking about 2015.. semangat aku tahun ni tak laa berkobar mana spt tahun-tahun yang sudah.. sbb mcm kecewa dengan diri sendiri.. tak penahnye dapat nk achieve seme azam-azam tu.. Yang konfirm failed : 

1. No handphone after 7pm 
2. Ganti Puasa 
3. Better wife lalalala~ 

Tapi disebalik failure list tu.. ada jugakla yang bjaya dicapai.. contohnya : 

1. sikitttt lagi nak 45kg ( 46kg kot.. tp tu hanya sementara ) ;P 
2. Sekolahkan aqil kt Seri Abim 
3. Beli CD HH 
4. Family first ( buktinya : i ols duduk di opis tanpa outstation sepanjang 2014 woi.. *pecah rekod* ) 

Another big achievement yang sebenarnya aku tak jangka pon aku akan dapat dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah sendiri ( guna loan gov ) di Taman Tuah Permai kat Durian Tunggal Melaka.. Semua dah selesai kecuali nak sign agreement dari lawyer.. Expected to completed on Disember 2015. Aku pon tak sure ape nak buat ngn rumah ni.. Tapi yang sure its really biggggg jump! and this year gonna be tougher ( financially ) if aku x manage betol2.. huhuhuhu 

Floor Plan 22x70 

Location Map - Tak jauh dari simpang ke Durian Tunggal 

Tadaaaa~ gambo atas brochure 

Cerita Pasal Aqil dan Sekolah Speselnya~ 


Well.. Previous entry dah cerita betapa serabutnya otak aku memikiorkan tentang arrangement aqil n dikya ke sekolah baru masing-masing.. So as planned in the offer letter, aqil kene attend Hari Suai Kenal di Seri Abim pada 2hb Januari 2015. Hari Jumaat. So aku kene mintak EL. Since cuti untuk tahun 2015 belom boleh nak apply through HRMIS. So a week before, kami dah bersungguh-sungguh mempersiapkan segala keperluan anak teruna kami untuk ke sekolah! Dari hujung kaki sampai hujung rambut.. siap berdouble-double lagi. Syukurlah wahai anakku.. Moga Allah mudahkan urusan kamu dalam menuntut ilmu dan menjadi anak yg soleh, berguna pada agama, bangsa dan negara! Chewahhh... *syahdu..tak sangka anak dah besar*

Model tengah praktis baju baru...kasut baru..beg baru
Ni pada hari kejadian, aqil dengan coolnya masuk kelas.. Takde tanda nak nangis ke ape.. Just really cool and ready untuk start sessi sekolah. Cikgu-cikgu nampak okey.. and parent sangatla ramai and super excited macam kami jugak.. Kelas n environment sekolah tu secara overall nampak okey.. Toilet pon bersih.. Ada tali paip tp tandas cangkung.. Harap aqil no problem with that 


Siap peace lagi !

Im a super proud & super worry mama! 
Huhu.. So selesai je hari tu.. aku bersungguh-sungguh cuba setelkan urusan yang pending.. ie : transit and transportation aqil n dikya ke sekolah masing-masing. And by the way, dikya confirmed ke little caliph cuma papanye belom bayar lg registration fee! ;P hahaha.. inshaaAllah akan diselesaikan sebelum start sekolah.. 

well.. status skrg.. Dikya n aqil dah tukar ke taska intelektual saujana yang selang 3 rumah skrg.. So far everything nampak ok walopon aku still x bersua muka dengan owner taska tu.. and aqil cakap taska tu takde TV.. hmm.. aku cuba untuk tak jd begitu fussy.. walopon hati sedikit tercuit. Kesian anak-anak aku.. confirm bosan tahap maharaja lawak.. huwaaa :'( 

Bila dah confirm taska.. dah bole settlekan van.. After calling sane sini, akhirnya dapat jugak van sekolah yang boleh amik aqil dari taska tu ke abim dan anta balik ke taska ptgnya.. Dikya pon kene naik van.. Cuma to be secured, aku carik van yang drivernye perempuan.. So semalam settled dua-dua.. Yang tak settle duitnye jelaa.. 

Both untuk aqil n dikya per month : RM540 ( taska + school fees + van ) 

Bab duit tu takpe lagi.. tp yang penting, aqil n dikya bole blajar elok2.. pandai2..behave2.. tu je yang mama n papa harapkan.. bab2 lain takyahlaa pk. pandai laa kami carik.. walopon terpaksa la korek tanah mana buat masak sup! *harharhar*


3. Cerita Pasal Perut *wink* 

Sisa-sisa 2014 kami dikejutkan dengan berita gumbiraaaaa susulan dari insiden-insiden yang tak dijangka~ hahahhaa. Dipendekkan cerita.. untuk bln 12, aku ada perasaan yang period aku akan overdue.. and tetibe je ada simptom2 pelik pada diri : 
1. pening & rasa mual ( esp pagi ) 
2. rasa letih and lesu.. badan rasa penat sangat ( and malas juge ) 
3. Jerawat banyak tumbuh area dada n belakang badan ( it happened bila preggy b4 ni ) 
4. Terasa asik nak makan aje 
5. Diet tp berat tak turun.. Perut makin naik 

So akibat curiosity yang membukit, aku pon beli pregnancy test 2 days b4 due period.. dan hasilnya : 

Tadaaaaaaa *wink*wink*
So.. kalo ikut tarikhnye.. aku expect baru 5weeks camtu.. sbb baru 1 week delay ( masa test ni belom delay lagi ) so i pon relek2.. Tapi disebabkan perut aku yang rasa mcm beso sngat untuk sebulan pnye pregnancy.. Aku pon rasa curious kuasa dua.. Terus rasa nak pegi scan.. 

first scan kat Klinik Asuza.. Ni laa hasilnya : 

12weeks oii!!!!
Terkejut kan?? aku pon terkejut.. Tapi hati kecik ni dah ada perasaan yang diri ni dah berbadan dua walopon period regular je bulan 11 tu ( in fact period 2x - kuantiti x heavy sangat.. tp mmg bleeding ).. Kuasa Allah kan.. Sape sangka.. cuma kesalnya aku tak jaga makan pon sepanjang 3 bulan ni.. harapnya anak mama sihatlaa kat dalam tu.. 

Feeling? 
Subhanallah.. happy sangat2.. tak sabar nak dukung kamu sayang. Please be healthy my darling.. and make yourself comfortable there yek... 

Medical check up still kat Annur.. cuma 1st time tak dapat jumpa Dr Khamsiah.. Tapi baby nampaknya healthy.. dah gerak..jantung dh berdegup2.. Subhanallahhh. Tak sangka begini besar anugerah yang Allah bagi.. syukur ya Allah. Alhamdulillah :) 

Bile dah tau diri dapat greenlight untuk menggemukkan diri.. maka tugas utama sekarang adalah makannnnn.. makannnnn.. maknnnnnnn :D 

*mee kari sendiri buat*

*duriannn emas & lontong* 

 Kesimpulannya.. 2014 berakhir dengan seribu kenangan manis and for sure 2015 will be moree... inshaaAllah.. eventho its not going to be easy - tp yang aku confirmed Dia selalu ada teman aku :) Bila susah.. Bila senang.. Dia memang ada.

Dia memang ada.

:)


Dilema seorang mama bila ada anak darjah 1 dan 4 tahun!

Hehe.. Panjangnya tajuk entry.. dengan hanya membaca tajuk dah boleh tahu isi kandungan entry ye tak? hehehe.. itulaa yg aku rasa di saat ini.

Confused.
Risau.
Hesitated.
Over-think

Otak rasa penat betul asik pikir pasal ni.. Now almost end of November 2015.. means I just have another a month to prepare everything untuk bebudak ni.. Aqil memang officially akan ke Seri Abim.. cuma isunya.. how about the transportation? Spt previous entry -- Seri Abim ke umah kami bukan calang2 jauhnya esp bila aku dah pun berpindah kt office baru..opposite direction sangat tu.. silap2 kol 10am pon blom tentu sampai kalo pegi nganto aqil..huwaaaa

Yang menjadik nasi tambah lagi apabila dikya pon dah 4 tahun nx year.. it means she have to enroll to playschool! so.. kene pk jugak nak anta mana.. transportation..transit bagai.. and i should overthink on her since she's still a baby! ( at least for me.. ) masa aqil dlu.. makngah ada rumah tolong tengokkan dia pegi n balik tadika walopon naik van.. so hati senang la sikit.. now dikya have to stand on her feet or harapkan pengasuh nurseri tmpt dia transit tlg tgkkan.. itu pon kalo drg tengokla kan...


Option 1: 

Hantar aqil and dikya at the same transit/nurseri. Both of them will be picked up by different van, sorang pegi ABIM.. sorang pegi tadika. Bila petang jumpa balik ctu - tunggu mama balik keje.

rindu zaman ni nanti.. nx yr aqil will be in full school attire ( i think ) :'( 


Isu 1 : 

Mama still x jumpa taska/transit tersebut ( plan : taska sekarang - diff van to be contacted ) . Van yang masuk ke Puncak Saujana Sek,3 tu masih belom dpt dihubungi, hence, tak dapat nak disahkan aqil bole ke tak transit kat Puncak Saujana.

Isu 2 :
We ols super excited untuk register dikya kt sek lama aqil.. however, lepas memikirkan cons over pro maka aku decide untuk enroll dikya kat Little Caliph.. List of registration fees lebih kurang sama dengan tadika aqil.. tapi its included 2 pair of attire.. and backpack! books clearly spelled out..and since little caliph ni well-known program for kindy so why not give it a try kan? Yang aku suka sikit sebab monthly fees dia less about 100.. and operation hours till 6.30pm.. cuma...yang menambah rasa risau bila lokasi premis dia dari elok2 depan jalan taman aku ni bleh plak pindah ke area shoplot kt prima saujana!! huwaaaaaa....

How to achieve Option 1? 

1. Carik pacik azman van aqil tu sampai dapat..konfimkan nurseri/transit tempat dia amik bebudak ni kt sekyen 3.. lepas dapat transit/van tu then baru leh setelkan dikya..


Option 2 

Have to send aqil to Taska Amira kat Saujana Impian. Ni mmg confirm ada van masuk ke Seri Abim cuma Taska Amira ni jauh la plak..kene lalu trafik lite n masuk dalam taman..and it will takes time for sure! dengan aku yg kene bekejar pi opis lg..so bit messy. But if dah xde choice nak wat cane kan.. Ill asked to confirm with Taska Amira tru fb message whether ada van p anta kt little caliph.. if yes then bleh la dua2 transit kt ctu.. but i seriously hope that solution no 1 tu yg 'menang' huhuks


How to achieve Option 2 :

Wait until Option 1 officially cant be achieved.. haha!

I have 1 month left. Clock is ticking dj!
tick tock tick tock



May Allah ease everything. 
Amin.







Tak dapat nak peluk2 lagi T_T

For d last few months..aku duk wondering how to asingkan aqil from tdo mengepit dgn aku..kalo hr2 biasa mmg aku suka laa tdo mengepit ngn bdk2 ni..tp jd isunya bila papa.dia balik..sme nk mengepit oiiii..dahla katil tu saiz ratu je..kalo saiz raja ke..double ratu ke..ok la jugak kalo sme org nk mengepit..bile dh gitu..aku n hafiz terfikirla on how to train aqil tdo dalam blk dia..tp sbb aqil br 5thn..n aku tak sampai hati tglkan dia tdo sorg2..

Ape lg..aku pon pasang niat nak beli single bed utk aqil yg bentuk kete ke ape tu kan..ltk kt sebelah katil..so ht pon senang sket tgk dia tgolek2 ctu..

Tp tu br niat..bila actualnye --- kami beli toto kt pasar tani RM40..khas utk aqil n kami hamparkan kt sblh katil..so bila kata tu tilam dia..aqil jd excited sgt..mle2 dia failed jgk..still panjat katil aku cr mama nk peluk..tp lps sminggu tdo atas toto rm40 tu..hasilnya jadik mcm kt bawah ni..tdo begulung dalam bende ni.

mau tak berpeluhhhhh..
And since dia dpt tektik gulung tu..aqil dah xnak naik atas katil lg..huwaaaaa..dia sanggup berpeluh2 duk gulung dlm tilam tu dr tdo peluk ngn mama sejuk2 bawah aircond..isk isk isk.

Berita baiknya...


Aku berjaya asingkan aqil dr katil sendiri hanya dengan lembek rm40. Dan skrg katil tu kalo papa x balik hanya ada aku n dikya.

Tapi..


Deep inside..hati mak mcm aku ni kesedihan yg amat..rasa mcm lost 1 priviledge..priviledge peluk2 manja2 dgn aqil b4 tdo..isk isk isk..rindu moment dia peluk malam2 n tbe2 je tdo atas dada..budak kurus ni mmg manja kalah adik dia..tapi tapi..maybe dah smp masanya. Bak kata apis..aqil dah beso..nx yr xleh duduk bilik sama..kne turun bwh duk blk sendiri..huuuuuuu

Terasa..

Mcm sedikit menyesal beli tilam tu..walopon aku tau dh smp masa..tp aku ttp rasa sikit ralat..huhuhuhuhu.

Sebab..

Aku ske peluk anak2 aku b4 tdo..cium2 drg borak2 n make them to promise to be good --- in everything..i guess all mom in da world hoping that their child will stay jd baby or toddles..bila drg makin besar..makin drg akan cuba jauhkan diri..aduhaiii..

Harapnye..

Aqil n dikya tak macam tu..isk.isk..tolong jgn. Coz aku x rs bleh handle that kind of situation..isk. hrp sudi2laa mereka peluk cium mama dia ni smp bila2 walopon beso mn pon drg..tua mana pon aku. For me.. they are still my 'babies' forever..

my ensem boy..as per october 2013 =)

when he was few days old =) 
1 year old..how cute is he is it? =)

Note : nt mama kaya..mama bli katil tu k :p