Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

welcome to the world son! ;)

Assalamualaikum wbt..

Hari ni intro kene bagi salam. hehe. Sebabnya ni adalah hari ke 12 umat islam di seluruh dunia berpuasa..So far Aqil masih bertahan n kekal menggungguli carta berpuasa walaupun badan dh kurus kering..insiden tercherry berry kt sekolah..lembik mcm pisang.. tp dia tetap nak berpuasa mcm orang lain.. Dikya? hehe. langsung belom paham lg erti berpuasa. Dia rasa berpuasa tu boleh makan. So bila dia makan dia rasa dia puasa. and sangatlah marah bila org ckp dia x puasa.. esp abg.. konfim kene lepuk!

Me??

Senyummmmm panjang. Alhamdulillah dapat jugakla menempuh 6 hari puasa tanpa lembik longlai.. I was about to ready untuk check up 36 week which is jatuh pada hari ke-8 puasa ( Khamis 25.6.2015).. So nampak x ada gap kt ctu? why oo why..hhehehe. jom usha next story...

Contraction betul ke main-main ni?

Selasa
23 Jun 2015 - 4.30 pagi 

Hari ni bersahur mcm biasa dengan aqil.. Aqil insist on ikan kerisi goreng ( balance buka dia ) untuk lauk sahur dia.. aku dh sedih dah tgk dia bersungguh cari isi kt tulang2 ikan tu.. So x semena2 aku pon jadik x berselera nak makan..Lepas dah selesai aku ke dapur, amik susu HL dalam fridge and sambil minum aku terdetik kt hati.. "What if -- aku terberanak hari ni? Am i ready? " Then terus naik ke atas.. sambil baring2 aku terlelap.. Tapi sambil terlelap2 ayam tu aku dpt rasa 2x perut rasa x selesa..sort of 'contraction' tp pastu hilang.. Then bangun..mandi n siap2 pegi kerja..

On the way pegi kerja.. perut rasa memulas.. mcm nk tervara pon ada..tp jalan tgh jem.. so aku layankan aje sakit perut tu..sampai opis rasa memulas tu takde dah.. hehehe. Pelik. Tp aku dh rasa semacam...

Sepanjang pagi tu aku rasa mcm tak best.. Tapi siapkan jugakla mana-mana keje yg tak siap.. Nota serah tugas pon aku dah siap2 email kt boss.. Tetibe rasa mcm perlu jugak settlekan semua hari ni..


2.30 petang 

Tibe-tibe rasa lain macam sungguh perasaan perut ni.. aku mula rasa mcm tak sedap hati.. macam rasa ada contraction.. tapi tak sakit mana.. dah 4 tahun kot x merasa contraction tu..so since baru 36 weeks 4 days aku assume itu adalah braxton hicks contraction. SO aku diamkan.. sambil2 kira jugak movement baby. SO far baby mmg move.. orang cakap kalo dah nak beranak baby dah x move.. so aku yakin betol tu braxton.. so abaikan. kaki pon tak bengkak.. lame lagi laa ni kan..


3.30 petang

Pelik. Rasa pelik yang datang dari ari-ari sampai ke pinggang tu tak berenti since pukul 2 td.. aku mula counting.. Pegi jalan2 jugak kot-kotlaa feeling tu bleh hilang kan.. Pegi surau. Baring-baring layankan rasa pelik tu.. Tapi layan pnye layan mmg konfiden betol contraction tu datang setiap 20 minit skali.. and consistent! Ahh sudahhh.. biar btul ni.


4.30 petang

Aku dah rasa lain macam.. so info Liana..yang aku rasa aku kne balik awal.. Contraction tu dah ada selang 15 minit..walopon aku check mmg takde discharge whatsoever.. Tak sempat info boss sbb kang buatnya false alarm kene kecam plak ngn boss! haha. sambil2 tu whatsapp jugak dengan geng2 utp masing2 dh membebel suruh pegi hospital terus..

Sampai rumah aku baring-baring lagi.. tengah fikir nak pegi hospital ke tak..kalo pegi b4 buka konfim burned puasa aku kene seluk2 semua.. so aku decide untuk pegi hospital lepas buka nanti..


Mulanya sebuah Perjuangan..

8.30 malam
Hospital Pakar An Nur Bangi 

Lepas buka aku kemas semua barang-barang untuk dibawak ke hospital..in case kalau kene tahan hari ni..aqil and dikya pon redha je duduk ngan makngah ayu dia.. takde pulak nak ikut aku ke ape bila cakap mama nk gi hospital.. So otw driving ke hospital mcm2 aku pk.. jadik ke tak beranak tah.. Hafiz tau aku rasa tak selesa..tp dia ingt biasa2 je..

Sampai hospital..aku terus kene naik labor room.. check ctg baby.. so bermula laa episod berwayar2 kt perut..ada sorg bidan ni mintak izin nak check bukaan..so bila dia check apparently dah 3-4cm!! Ya Allah.. officially jadik beranak laa aku malam ni.. and seperti biasa aku sorang-sorang kt labor room sementara tunggu hafiz otw dari terengganu.. mujurlaa ada whatsapp..mbr2 dan family banyak bagi support so aku taklaa rasa keseorangan sangat sambil layan contraction..

before deliver! 
This time.. Dr Wan Masliza ( kot nama dia?) yang entertain case aku.. Dr oncall malam tu.. Muda dan lembut orangnya.. pukul 10 dia mintak untuk pecahkan air ketuban lps tgk bukaan aku tak banyak progress.. Aku request for epidural.. So adalah sangat mendebarkan kene cucuk epidural tu untuk ketiga kalinya.. After epi aku still rasa contraction tu..walopon taklaa heavy mana..

Then time2 tgh syahdu layan contraction sorg2.. mak call.. dah sampai hospital! Ya Allah mmg tak sangka mak sanggup datang sebab ajim still sekolah esoknya.. Nangis aku peluk mak..dia tau aku perlukan dia time-time camni kan..mak temankan aku dalam labor room sementara tunggu hafiz sampai.. cuma this time aku perasan yang contraction tak berapa ganas.. or maybe tahap toleransi aku dengan sakit tu dah semakin meningkat compared to masa bersalin dikya dulu..

Pukul 1.00 pagi hafiz sampai.. bukaan dh 6cm tapi consider lambat since air ketuban dah pecah pukul 10 td.. Dr dah mula risau.. dia masukkan ubat untuk percepatkan bukaan sambil check ctg jugak.. tersengguk-sengguk jugak pacik tu temankan aku..hehe. Pukul 3.00 pagi.. Dr info yang heartbeat baby dropped stiap kali contraction.. its like baby 'tak tahan sakit'..Dr observed lagi.. sampailaa pukul 4.00 pagi.. CTG baby still sama.. Dr decide untuk caesar sbb takut baby distress! Aku dah terlopong..serius ke ni?? then Dr try check bukaan for the last time before decide untuk caesar.. Alhamdulillah...Dr cakap almost fully dilate..so dalam sekelip mata semua nurse-nurse dalam labor room tu prepare untuk sambut baby aku..cuaknya Allah je yang tahu bila dua-dua kaki dah kene sangkut tepi katil tu..haha. saspen!

tgh layan contraction!
Then.. for 2nd time.. aku diberi peluang untuk merasa sakit bersalin secara normal cuma this time dibantu dengan vacuum.. episod teran meneran and semua nurse-nurse termasuk hafiz mcm cheerleader dh.. suruh pushhhh panjang-panjang dalam 1 nafas.. huwaaaa.. serius penat! tapi finally tepat 4.17pagi seorang umat nabi muhammad keluar and landing atas perut aku!

Subhanallah..Alhamdulillah.. Its a boy. All covered dengan cecair putih..crying and physicically perfect!! Its the best feeling ever!!! *tp tak sempat snap*

Phewww.. finally settle perjuangan aku melahirkan anak ketiga.. terasa sangat manis perjuangan kali ni bila ditemani encik suami dan mak yang setia menunggu kt luar..barangkali berbakul doa dia agaknya. Terima kasih semuanya :) im officially mom of three wonderful child!


setel!! bole ^.^V lagi...

welcoming the tiny guy in family!

Happy daddy!




Preparation menyambut baby aisy!

This week i'm officially 34 weeks preggers u ols! Pehh.. pejam celik pejam celik lagi 3 minggu dah boleh beranak tanpa risau.. So sementara ada sikit masa terluang ni boleh laa mengupdate sikit preparation untuk menyambut kehadiran putera ke 2 kami.. hehe.. 

Before tu.. nak update sikit simptom2 dh hujung2 ni.. Obviously terasa berat and baju-baju mmg banyak dh out-of-shape.. Pagi2 dah taktau nak pakai baju ape.. semuanya tertonjol2.. Berat for now dh naik lebih kurang 15kg!! Kembang sama mcm mengandungkan aqil.. Before preggy dalam 47-48kg.. Now dh 62kg T_T .. Merana nak turunkan balik nanti.. huwaaaa.. 

34 weeks preggers!

Istimewanya pregnancy kali ni :

Im suddenly tolerate with milk! Walopon bukan maternity milk.. tp susu HL ni pon dikire bagus untuk ibu mengandung kot kan.. hehehe.. Masa time dikya..apis sawan duk membeli susu soya..dengan harapan anak kluar nanti putih gebu.. This time susu HL ni pulak jadi bende wajib dalam fridge.. Alhamdulillah.. memang tak penah missed minum.. Harapnya sikit sebanyak bagi manfaat untuk mama n baby :)

Wajib minum!

Istimewanya juga this time No-Morning Sickness!

Actually aku sedikit risau bila langsung takde ni.. Ada org cakap morning sickness tu petanda anak genius.. adoi..so aku pon menggooglekan diri untuk nak bagi hati senang sket laa kan..





Bole refer link di atas untuk detail explanation dari incik Doktor. Nak copy paste protected plak.. cuma dari apa yg aku baca morning sickness tu adalah petanda body kita react dengan perubahan kadar hormon dalam badan.. hehehe. So if xde morning sickness tu bukanla bermakna baby kita dalam bahaya ke apa.. it just badan kita maybe lebih mudah menyesuaikan diri dengan kadar hormon tu.. haa.. mcm tu laa lebih kurang ayat Dr ni explain. Alhamdulillah :) He just knows better. Right? 

So memandangkan sekarang ni dah masuk 34week.. So secara rasminya aku dah boleh menyopping tanpa rasa bersalah.. cuma bila skarang dah jauh dari shopping mall n online shopping plak prohibited kat opis so makanya terpaksa laa membeli dan membelahkan diri kat Pasar Tani JKR setiap hari selasa n kamis tu.. takpe baby.. biarpun harga Pasar tp kualiti mcm Pavilion nakkkkk... hehehhehe.. So lets chekiout!

Baju raya aisy.. percayalaa saiz dia mmg tersangat comel!

All rompers n 1 piece shirt! No anakku or pureen brand this time!

bedung/napkin from nagoya - handmade by mak.
So.. Things yang kene ready : 

kene beli!
  1. Kelengkapan/baju baby - baju, seluar, bedung, barut, booten mitten, towel, toiletries, diapers, wet tissues, cotton buds : ALL DONE! ( semua ni dah bungkus dlm 1 beg letak dalam kete ) !
  2. Feeding bottles : NOT YET! Tp dh jumpa online shop yang jual murah kt facebook. Link : Nik Alesya Avent Full
  3. Car seat : NOT YET! Tgh google n mencari yang berkenan di poket mama n papa.. ahaks
  4. Set bersalin - Yang ni aku rs nak try Nona Roguy plak this time.. Tp pon still NOT YET jumpa yang berkenan dengan bajet! Haha..tunggu gaji nantilaa..sempat lagi kot. 
By the way.. This weekend 14-16hb Jun 2015, ada Mesy KJEN kt Awana Genting..and memandangkan aku hulubalang terhebat maka terpaksa laa menjoinkan diri.. and based on advise Dr tadi.. Dia cakap it safe for me to go to the meeting.. InshaaAllah.. mudah2an semuanya dipermudahkan Allah... and lupa plak nak info..starting Jun 2015, Ayu ( our fav babysitter ) kembali menjebakkan diri sebagai babysitter dikya n aqil.. hehe.. Syukur sgt.. At least time tengah sarat ni ada org tolong2 tgkkan aqil n dikya..turun naik rumah yang 5 tengkat ni kannnnnn!!

So.. lets pray mudahan takde pape yang memudaratkan sepanjang perjalanan kami ke sane.. Hhehe.. will be back.

Note : Now tengah tunggu hafiz balik bawak air selusuh n kurma.. beria dia memesan supaya jgn minum selagi sebelum smp due! hehehe.. Tq for ur concern darling.. Im blessed! 

6 months and counting~

Diam tak diam.. its been 6 months rupanya membawak perut n baby comel ini.. hehehe. Alhamdulillah.. its seriusly damn good moment.. Baby tak meragam langsung.. Morning sickness pon boleh diconsider takde yg menyusahkan diri.. Cuma sikit2 letih.. Tak bermaya.. Muka jadi kusam sikit.. and badan obviously membadak dengan jayanya. hahahaha.

At first, aku memang sedikit concern pasal berat badan ni.. Almaklumlah sebelum kejadian berat 47-48.. hari2 baju kurung moden saje wei.. tp dalam sekelip mata.. terus uniform bertukar kepada jubah-jubahan hahaha. Selera makan alhamdulillah jugak.. Lalu saje.. Taburkan serbuk besi dalam nasik pon aku makan jugak agaknye.. hahaha.

Pregnancy this time memang sangat memudahkan aku.. Syukur Ya Allah.. Dia memang selalu kesiankan aku. *sob sob* Walopon tengok orang lain pregnant ada yang takleh bau itu.. takleh makan itu.. takleh masak itu.. mabuk.. pitam.. muntah tak renti bagai.. aduyai.. Dengar pon dh terasa seksanya.. Bahagian masing-masing kan.. Ada yang seksa masa preggy.. Ada yang seksa masa bersalin.. Ada yang seksa lepas bersalin.. Tapi tu bahagian seksa la.. Tp bila ada baby.. semua seksa tu automatically tak terasa.. kalo terasa pon seminggu dua jelaa.. pastu tgk baby sengih2 terus ilang semua!

Well.. masa pregnant yang ni.. Aktiviti shopping berjalan mcm biasa walopon opis skrg ni restrict parcel personal esp from poslaju.. Tensen jugakla.. Tp kl opis bijak kami laaaaagi bijak.. so aku kalo nk menyoping aku mintak seller tu pakai courier selain poslaju.. So berdesup sampai depan muka segala mala yang aku shoppping! hahaha...

Last friday, kami beramai2 buat rombongan gi Hosp Annur jumpa Dr Kham.. Aku sangguup amik cuti excited nak tgk baby..tp benonye sbb malas nak masuk office bile dah tengahari sgt..Paham2laa check up kat Dr Kham tu actually dalam 10 minit dah siap..Tp nak nunggu turn tu yang berejam.. So xpela..ku relakan cuti sehari. Padahal sebenarnya niat di hati lepas check up nak pegi meronggeng dengan sang suami tgk fast n furious 7! hahaha..  Tp itu niat jelaa.. Mane laa tau tetibe pagi tu aqil mcm panas plak badannya.. So papa pon dengan kuasa veto nye xbg aqil gi sekolah.. Dikya plak asalnya ok je bgn bersiap nk gi sekolah.. bile tgk abangnya membatu atas katil dia pon join skali!hehe.. oleh itu secara rasminya.. niat berdeting berdua terpaksa dikuburkan buat sementara.... *sigh* So..siap2 semua.. kol 8.15 camtu kami smp kt Hospital.. amik turn.. makan nasi lemak n huhahuha dengan dua budak ponteng sekolah itu..

5 minit sebelum turn..bleh plak papa dia nak pegi toilet kan.. So, check up this month aku ditemani oleh dua bodyguard comel.. Senyap je tgk dr scan perut mama dia.. hehehhee. Thanks for being here kids.. Papa kau time ni laa nak memerot kan.. sabau jelaa.. Overall.. baby grow very well.. match dengan umur dia skrg.. Alhamdulillah... Moga baby mama sehat2 je dr dalam perut..dh kluar..dh besar n selama2nya :) hehehe. Jom layan gambo 3D scan masa baby 5mo!

hehe. mcm rupe aqil je :)

idung mancung! hehe. cant wait to kiss you dear..
Till then.. praying for the day!
3 bulan je lagi.. hehehe. cant wait. seriusly!

jem nutella di pagi selasa~

hari ni makyong teramat stress.. stress smp rasa nak maki hamun orang.. stress smp rasa  nak kluarkan status meroyan kt facebook.. tp ku tarik nafas panjang2.. on radio.. on CD player.. himpunan surah afdal masa pregnant.. Sedikit tenang tp hati tetap juga meronta.. Cuba mencari kesilapan diri.. cari hikmah di sebalik punca yang buat aku stress ni.

Actually mmgla sangat bosan bila stress pasal bende yang sama. Traffic jammed. Traffic jammed. Hari ni jammed jugak macam biasa.. tp jadik tak biasa bila ni hari ke 5 berturut2 aku lambat!!! Subhnallah... teramat sedih tgk attendance dlm punch kad,.. Walopon lambat tu bukanla disebabkan aku pegi melencong tempat lain or sengaje melambatkan diri.. Tp hati kecik ni aku paham sangat.. takde sorg boss pon yang takde rasa pape tgk anak buah dia hari2 lambat!

Boss aku walopon boss terbaik seantero department.. tp aku pon bole tahan staff terbaik jugak.. Utk menjadikan boss aku dalam position yang serba salah or serba tak kena dalam jiwa dia tgk punch kad aku -- adalah salah satu bende yang paling aku sedih. Tatau laa camane nak improvekan attendance aku bile traffic bumper to bumper..tak bergerak smp setengah jam! mampu nangis jelaa..

Well.. bende yang dah jadik usahlaa di tangisi lagi. Aku akan jadik staff bermasalah laa dlm bulan ni. Terpaksa biarkan persepsi itu menikam hati nuraniku.. T_T

Tapi untuk post mortem.. what to do? Nekad esok tak mau lmbat lagi..

Here are the things yg aku rasa aku patut perbaiki & take note!! 

1. Sediakan baju budak-budak malam sebelum.. Iron dan siapkan baju sendiri jugak. Jangan pg2 tu baru nak carik baju..iron baju bagai.. mmg laa x makan masa byk ( esp bila aqil n dikya ada pjk ) tp distractions makan masa! sikit2 lama2 jd bukitttttt ok pn dj!


2. Check jadual aqil. Pastikan buku n stationery dah siap masuk dalam beg. Botol air dh berisi air. Roti n bekal sekolah aqil pon siapkan jugak..Letak beg depan pintu. Kemas jugak baju n pampers dikya.. WAJIB SIAPKAN!

3. Bangun n terus mandi kol 5.30!! Pastikan budak2 dh siap mandi pada pukul 6am. Entertained them dengan tablet or tv pagi2 ( bg mood drg ok.. x meragam )

4. Masuk waktu terus solat. Buat susu dikya. Bawak drg turun on 6.15 at least.

5. Wajib gerak dari rumah on 6.20am or 6.30 paling lambat! ( dengan harapan taska bukak 6.30am)

6. Pray

7. Pray

8. Pray that everything will be smooth dan diizinkan Allah untuk sampai ke pejabat on time tanpa sebarang masalah di tengah jalan..


Kerana sejujurnyaa aku mmg sangat-sangat tak suka di cop sebagai kakitangan bermasalah... Tapi bila pk balik..why i must bother human's perception?? sedangkan perception dari Yang Maha Esa tu lebih penting dari segala-galanya.

Sesungguhnya.. Dengan Nama Allah.. Ku hidup dan Ku mati.. :'( Ampuni dosa-dosa hambaMu yang serba serbi hina..Permudahkan urusanku Ya Allah.. Sesungguhnya Kau Tuhan Maha Penyayang lagi Mengasihani Hamba-hambaNya.





2014 vs 2015

Sisa-sisa 2014 

My fruit heart at tesco - 25 Disember 2014

Seminggu sebelum datangnya 2015, kami anak beranak balik kampung.. melepak kat melaka menghabiskan sisa-sisa 2014. and this time hafiz cuti paling panjang.. n paling lama rasa dapat tengok muka dia kat rumah.. hehehe.. terasa indahnya bila ada orang tolong buat keje rumah n tlg tgkkan anak-anak.. paling best bila rasa ada je orang teman. I guess itula perasaan isteri-isteri normal yang berpeluang dapat idup dibawah satu bumbung dengan laki sendiri.. :) inshaaAllah my time will come. Keep praying dj! 

Well.. talking about 2015.. semangat aku tahun ni tak laa berkobar mana spt tahun-tahun yang sudah.. sbb mcm kecewa dengan diri sendiri.. tak penahnye dapat nk achieve seme azam-azam tu.. Yang konfirm failed : 

1. No handphone after 7pm 
2. Ganti Puasa 
3. Better wife lalalala~ 

Tapi disebalik failure list tu.. ada jugakla yang bjaya dicapai.. contohnya : 

1. sikitttt lagi nak 45kg ( 46kg kot.. tp tu hanya sementara ) ;P 
2. Sekolahkan aqil kt Seri Abim 
3. Beli CD HH 
4. Family first ( buktinya : i ols duduk di opis tanpa outstation sepanjang 2014 woi.. *pecah rekod* ) 

Another big achievement yang sebenarnya aku tak jangka pon aku akan dapat dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah sendiri ( guna loan gov ) di Taman Tuah Permai kat Durian Tunggal Melaka.. Semua dah selesai kecuali nak sign agreement dari lawyer.. Expected to completed on Disember 2015. Aku pon tak sure ape nak buat ngn rumah ni.. Tapi yang sure its really biggggg jump! and this year gonna be tougher ( financially ) if aku x manage betol2.. huhuhuhu 

Floor Plan 22x70 

Location Map - Tak jauh dari simpang ke Durian Tunggal 

Tadaaaa~ gambo atas brochure 

Cerita Pasal Aqil dan Sekolah Speselnya~ 


Well.. Previous entry dah cerita betapa serabutnya otak aku memikiorkan tentang arrangement aqil n dikya ke sekolah baru masing-masing.. So as planned in the offer letter, aqil kene attend Hari Suai Kenal di Seri Abim pada 2hb Januari 2015. Hari Jumaat. So aku kene mintak EL. Since cuti untuk tahun 2015 belom boleh nak apply through HRMIS. So a week before, kami dah bersungguh-sungguh mempersiapkan segala keperluan anak teruna kami untuk ke sekolah! Dari hujung kaki sampai hujung rambut.. siap berdouble-double lagi. Syukurlah wahai anakku.. Moga Allah mudahkan urusan kamu dalam menuntut ilmu dan menjadi anak yg soleh, berguna pada agama, bangsa dan negara! Chewahhh... *syahdu..tak sangka anak dah besar*

Model tengah praktis baju baru...kasut baru..beg baru
Ni pada hari kejadian, aqil dengan coolnya masuk kelas.. Takde tanda nak nangis ke ape.. Just really cool and ready untuk start sessi sekolah. Cikgu-cikgu nampak okey.. and parent sangatla ramai and super excited macam kami jugak.. Kelas n environment sekolah tu secara overall nampak okey.. Toilet pon bersih.. Ada tali paip tp tandas cangkung.. Harap aqil no problem with that 


Siap peace lagi !

Im a super proud & super worry mama! 
Huhu.. So selesai je hari tu.. aku bersungguh-sungguh cuba setelkan urusan yang pending.. ie : transit and transportation aqil n dikya ke sekolah masing-masing. And by the way, dikya confirmed ke little caliph cuma papanye belom bayar lg registration fee! ;P hahaha.. inshaaAllah akan diselesaikan sebelum start sekolah.. 

well.. status skrg.. Dikya n aqil dah tukar ke taska intelektual saujana yang selang 3 rumah skrg.. So far everything nampak ok walopon aku still x bersua muka dengan owner taska tu.. and aqil cakap taska tu takde TV.. hmm.. aku cuba untuk tak jd begitu fussy.. walopon hati sedikit tercuit. Kesian anak-anak aku.. confirm bosan tahap maharaja lawak.. huwaaa :'( 

Bila dah confirm taska.. dah bole settlekan van.. After calling sane sini, akhirnya dapat jugak van sekolah yang boleh amik aqil dari taska tu ke abim dan anta balik ke taska ptgnya.. Dikya pon kene naik van.. Cuma to be secured, aku carik van yang drivernye perempuan.. So semalam settled dua-dua.. Yang tak settle duitnye jelaa.. 

Both untuk aqil n dikya per month : RM540 ( taska + school fees + van ) 

Bab duit tu takpe lagi.. tp yang penting, aqil n dikya bole blajar elok2.. pandai2..behave2.. tu je yang mama n papa harapkan.. bab2 lain takyahlaa pk. pandai laa kami carik.. walopon terpaksa la korek tanah mana buat masak sup! *harharhar*


3. Cerita Pasal Perut *wink* 

Sisa-sisa 2014 kami dikejutkan dengan berita gumbiraaaaa susulan dari insiden-insiden yang tak dijangka~ hahahhaa. Dipendekkan cerita.. untuk bln 12, aku ada perasaan yang period aku akan overdue.. and tetibe je ada simptom2 pelik pada diri : 
1. pening & rasa mual ( esp pagi ) 
2. rasa letih and lesu.. badan rasa penat sangat ( and malas juge ) 
3. Jerawat banyak tumbuh area dada n belakang badan ( it happened bila preggy b4 ni ) 
4. Terasa asik nak makan aje 
5. Diet tp berat tak turun.. Perut makin naik 

So akibat curiosity yang membukit, aku pon beli pregnancy test 2 days b4 due period.. dan hasilnya : 

Tadaaaaaaa *wink*wink*
So.. kalo ikut tarikhnye.. aku expect baru 5weeks camtu.. sbb baru 1 week delay ( masa test ni belom delay lagi ) so i pon relek2.. Tapi disebabkan perut aku yang rasa mcm beso sngat untuk sebulan pnye pregnancy.. Aku pon rasa curious kuasa dua.. Terus rasa nak pegi scan.. 

first scan kat Klinik Asuza.. Ni laa hasilnya : 

12weeks oii!!!!
Terkejut kan?? aku pon terkejut.. Tapi hati kecik ni dah ada perasaan yang diri ni dah berbadan dua walopon period regular je bulan 11 tu ( in fact period 2x - kuantiti x heavy sangat.. tp mmg bleeding ).. Kuasa Allah kan.. Sape sangka.. cuma kesalnya aku tak jaga makan pon sepanjang 3 bulan ni.. harapnya anak mama sihatlaa kat dalam tu.. 

Feeling? 
Subhanallah.. happy sangat2.. tak sabar nak dukung kamu sayang. Please be healthy my darling.. and make yourself comfortable there yek... 

Medical check up still kat Annur.. cuma 1st time tak dapat jumpa Dr Khamsiah.. Tapi baby nampaknya healthy.. dah gerak..jantung dh berdegup2.. Subhanallahhh. Tak sangka begini besar anugerah yang Allah bagi.. syukur ya Allah. Alhamdulillah :) 

Bile dah tau diri dapat greenlight untuk menggemukkan diri.. maka tugas utama sekarang adalah makannnnn.. makannnnn.. maknnnnnnn :D 

*mee kari sendiri buat*

*duriannn emas & lontong* 

 Kesimpulannya.. 2014 berakhir dengan seribu kenangan manis and for sure 2015 will be moree... inshaaAllah.. eventho its not going to be easy - tp yang aku confirmed Dia selalu ada teman aku :) Bila susah.. Bila senang.. Dia memang ada.

Dia memang ada.

:)


Am.i.pregnant??

Gulp..
Pregnant..memang telan air liur stiap kali terpk perkataan tu and bg mak2 mcm sy perkataan tu buat tangan refleks pegang perut!

What shud i response?

For now..sy masih menunggu bulan mengambang yg nampaknya tak nampak bayang lg..tp few tanda yg maybe..i said maybe ok..yg menjurus ke arah perkataan itu..kekeke

1. Selera makan bertambah
2. Pening ( tp xde plak rs loya or muntah pg2 )
3. Dikya extra manja
4. Dikya asik isap jari kaki.

Tu je. Gile hape cepat beno assume! Tp biaselaa kan..sy mmg over konfiden sll bab2 perkataan atas tu..and sllnye tekaan tu tepat.. Muahahahaha.

6 months later~

assalamualaikum.

setelah 8 bulan menyepi..kini sy kembali lg.walopom xde sape kesah sy kembali ke tak kan..so apelaa halangan yg buat sy xde masa lgsg nk update blog? ade 5 halangan.

MALAS
MALAS
MALAS
MALAS
MALAS

mane xmalas..smp umah dh pukul 7pm..masak2 utk budak n mak budak2..mai sikit ngan anak2..gedak geduk sume dh kol 11pm..so mata pon dh ngantuk.titun lalu.

for now..dikya dh 18bulan..dah ada 2gigi walopon bdk lain yg sama umo dh puh gigi kl umo mcm dia.tp bab makan tak macam budak 18bulan..sume die telan.hehehe.

 
:: comotnya anak dara mama ni.. rambut dah panjang and pink tshirt tu belongs to abg aqil.. amazingly semua baju abg aqil dia bole pakai..dlm erti kata lain..dia dh sama beso mcm abg!! goshh :: 

:: merenung masa depan..wat masa ni biarlaa mama n papa je yg renung masa depan dikya.. :: 

:: aqil in his raya attire..ready to go to the school celebrating his birthday with friend ::

aqil pulak dh 9 bulan join tadika nur khalifah..dari apepon tatau smpla skrg dh pandai tulis abc smp z and no pon dh boleh tulis 0-9. since saya sgtla sng bpuas hati..so rs cm agak ok gaklaa achievement aqil.walopon anak org lain rsnye lg lajuuu jalannye..tp suka hatila kan.br 4thn kot..die hepi g skolah pon kire ok dh.

 aqil dh nampak byk improvement..dh pandai cakap n pandai defend diri dia sendiri..btol laa kot org tua cakap..budak kalo nk cepat pandai die kene ade adik.. =) hehehe.. tp rsnye dikya skrg nampak mcm dh bijak sndiri..so xyah la ade adik dlu kot?

Oh nak jugak update..since dh cerite pasal adik2 ni kan..two of my friends are expecting again! Madiha with her 3rd one and tra is expecting the 2nd one.. hihihi..tahniah korang.. tolong jangan hasut lelebey ye kang tersangkut..akak jugakkkkk yg ssh :)) hmmm..hajar bila pulak? ^_^







now we turn 4!!

i'm not sure wether dah cerite ke belom dalam post before ni..tp belasahla kan..hari ni mood mau mengupdate blog sangat mengujakan..hahaha..bengongnye bahasa. apepon aku disahkan mengandung anak ke 2 pada Ogos 2010. EDD on 12hb April 2011. Feeling? saspen..cuak sume ade sbb :

1. dah 3tahun tak mengandung.hehe.
2. pk on how to handle my 2nd pregnancy ( masih weekend wife bsama sorg anak laki yg mule buas )
3. pk camane nk setel anak ke 2 dengan beban hutang yg makin banyak ( utang rumah, kete, kads, bla bla bla )
4. pk kemungkinan2 yg mama lain pon pk kl tgh mengandung..camane rupe anak..anak ok ke nanti..anak sihat tak..normal ke..
5. pk kemungkinan kene beranak normal? huwaaa..mcm 1st time mengandung plak rase.

poyo btol la manusia nama hidayah ni..suke sgt pk lebih2 sgt. lets thing follow d flow..rezeki anak insya-Allah ada..nama pon anak tu kan rezeki.hehe

2nd pregnancy goes very well. sama macam 1st lebih kurang. takde mabuk2 yg over.. setakat muntah ijau ms gosok gigi pepagi tu normal la kan..other than that xde..loya2 pon bole dikatakan takde sbb aku x perlukan asam2 langsung..tak macam before this.macam2 jenis asam aku telan..berkoyan2 stok dlm fridge. tp 2nd pregnancy ni aku realize yg aku suke makan ikan..seafood.dari situ dh bole agak yg baby yg aku kandungkan ni gegirl :) hehe.

Body weight? yeay..start from 49kg..then naik sket ms 1st month..tp then dah Ramadhan..so alhamdulillah. aku berjaya puasa penuh beb..wa cakap sama luuu~ so berat badan turun sket..then stat to increase bit by bit. dis time tak naik banyak dah mcm dulu..tp bulan ke 6 dah stat naik mendadak2 la jugak..

49kg
1st month - 51kg
2nd month - 50kg
3rd month - 51kg
4th month - 52kg
5th month - 54kg
6th month - 55kg
7th month - 57kg
8th month - 60kg
9th month - 62kg

camtu la lebeh kurang carta berat badan aku masa 2nd pregnancy ni..total weight increase : 13kg!! ehehe. gewd. compare to last time..16kg.

NOW ??

lepas pantang..berat sudah mencecah 54kg~ so ade lg 5kg untuk kembali ke berat asal. gambatte ne. itu je yg mampu ku katakan. huhuhu

her 1st pregnancy

Few month after kahwin, saya disahkan positif mengandung anak pertama. Alhamdulillah.. Masa tu sangat saspen sbb rasa mcm x ready lagi nak menempuh the next phase without husband disisi. Tp Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu bila masa yang sesuai nak bagi 'rezeki'..so my first check up at Hospital Pakar Annur dengan Dr.Khamsiah, d same dr yang sambut delivery anak buah saya - sarah & harith.

First trimester, muntah-muntah especially masa waktu pagi n gosok gigi. muntah hijau org kata..takde bende pon tp tekak ni nk jgk muntah. rasa mcm nk tkeluar semua isi perut. bangun pagi ada rasa sket x sihat..pening2.. normal simptom bagi preggy woman la kot. Tp alhamdulillah, takde laa berlarutan sampai ke petang. So breakfast, lunch n keje kat ofis still jalan macam biasa. Masa ni je my weight dh increase 2kg. punyela senang hati kan.

me : 2007
current weight : 43kg
::pangkor vacation with officemate::


me : 2006
current weight : 41kg
::convocation dinner::

2nd trimester goes very well. no more muntah2 or morning sickness yang over. tp sangat senang mengantuk. so tengahari je mesti saya dh menyuruk belakang almari dekat blk opis saya and mula mengerekot dan titon...kroh..kroh..kl x dapat lame, sekejap pon jadilaa..asal tido..

3rd trimester..dah stat cramp2 kaki..sangat sedih mengharungi malam2 dengan kaki cramp without hubby..huhu..pinggang sakit2 pon kene saba je..wiken tu br laa bule manja2 nk mintak urut2 badan tau..so korang2 yg ada hubby tolong urutkan kaki ke badan ke time2 preggy tu sangatla bertuah..tp once again, Allah tu Maha Adil..Dia tahu saya seksa sorg2 kot..so by d time masuk 35 weeks..dr dh decide yang i need to deliver early since air ketuban dah mencapai paras yang tak selamat untuk baby..

kaki bengkak mcm gajah - 1 week before delivery

So pada 23.8.2010 ( sabtu ), dengan gagahnya saya seorang diri drive ke Hospital Annur untuk next check up on air ketuban tu. But ms check up tu, Dr Kham said dat baby heart beat dh slow..so ms tu pukul 9pg..then dia dengan selamba cakap :

"Ok, hidayah..pukul 10pg nanti kita proceed dengan operation la ye..we're going on caesarian procedure to deliver your baby "

Masa itu cuma ada saya. Hubby di terengganu ada plant shutdown. Masa tu mcm2 perasaan dtg..tp untuk baby saya dh tak pk dh..janji nk selamat je..so tepat pada pukul 11.10am..lahirla baby saya yang pertama iaitu Muhammad Aqil Amri.

me : few minutes b4 delivery

1st time holding my baby
amazing feeling...


me: 24.8.2008
1 day after delivery
current weight : 60kg kot???

Thanks to my friends yang datang menjenguk. Tra, Hajar, Bunari, Officemates and sedara mara. Sangat-sangat berbesar hati. Walopon experience ini bukanla yang seperti yang saya impikan tapi bersyukur pada Allah kerana semuanya berjalan lancar. Aqil walopon lahir premature and sangat ringan ( 1.95kg only ) tapi his lung functioning very well..so x perlu masuk inkubator.. cuma unfortunately, im not so lucky to breastfeed my baby.isk3x...