Hari ni intro kene bagi salam. hehe. Sebabnya ni adalah hari ke 12 umat islam di seluruh dunia berpuasa..So far Aqil masih bertahan n kekal menggungguli carta berpuasa walaupun badan dh kurus kering..insiden tercherry berry kt sekolah..lembik mcm pisang.. tp dia tetap nak berpuasa mcm orang lain.. Dikya? hehe. langsung belom paham lg erti berpuasa. Dia rasa berpuasa tu boleh makan. So bila dia makan dia rasa dia puasa. and sangatlah marah bila org ckp dia x puasa.. esp abg.. konfim kene lepuk!
Me??
Senyummmmm panjang. Alhamdulillah dapat jugakla menempuh 6 hari puasa tanpa lembik longlai.. I was about to ready untuk check up 36 week which is jatuh pada hari ke-8 puasa ( Khamis 25.6.2015).. So nampak x ada gap kt ctu? why oo why..hhehehe. jom usha next story...
Contraction betul ke main-main ni?
Selasa23 Jun 2015 - 4.30 pagi
Hari ni bersahur mcm biasa dengan aqil.. Aqil insist on ikan kerisi goreng ( balance buka dia ) untuk lauk sahur dia.. aku dh sedih dah tgk dia bersungguh cari isi kt tulang2 ikan tu.. So x semena2 aku pon jadik x berselera nak makan..Lepas dah selesai aku ke dapur, amik susu HL dalam fridge and sambil minum aku terdetik kt hati.. "What if -- aku terberanak hari ni? Am i ready? " Then terus naik ke atas.. sambil baring2 aku terlelap.. Tapi sambil terlelap2 ayam tu aku dpt rasa 2x perut rasa x selesa..sort of 'contraction' tp pastu hilang.. Then bangun..mandi n siap2 pegi kerja..
On the way pegi kerja.. perut rasa memulas.. mcm nk tervara pon ada..tp jalan tgh jem.. so aku layankan aje sakit perut tu..sampai opis rasa memulas tu takde dah.. hehehe. Pelik. Tp aku dh rasa semacam...
Sepanjang pagi tu aku rasa mcm tak best.. Tapi siapkan jugakla mana-mana keje yg tak siap.. Nota serah tugas pon aku dah siap2 email kt boss.. Tetibe rasa mcm perlu jugak settlekan semua hari ni..
2.30 petang
Tibe-tibe rasa lain macam sungguh perasaan perut ni.. aku mula rasa mcm tak sedap hati.. macam rasa ada contraction.. tapi tak sakit mana.. dah 4 tahun kot x merasa contraction tu..so since baru 36 weeks 4 days aku assume itu adalah braxton hicks contraction. SO aku diamkan.. sambil2 kira jugak movement baby. SO far baby mmg move.. orang cakap kalo dah nak beranak baby dah x move.. so aku yakin betol tu braxton.. so abaikan. kaki pon tak bengkak.. lame lagi laa ni kan..
3.30 petang
Pelik. Rasa pelik yang datang dari ari-ari sampai ke pinggang tu tak berenti since pukul 2 td.. aku mula counting.. Pegi jalan2 jugak kot-kotlaa feeling tu bleh hilang kan.. Pegi surau. Baring-baring layankan rasa pelik tu.. Tapi layan pnye layan mmg konfiden betol contraction tu datang setiap 20 minit skali.. and consistent! Ahh sudahhh.. biar btul ni.
4.30 petang
Aku dah rasa lain macam.. so info Liana..yang aku rasa aku kne balik awal.. Contraction tu dah ada selang 15 minit..walopon aku check mmg takde discharge whatsoever.. Tak sempat info boss sbb kang buatnya false alarm kene kecam plak ngn boss! haha. sambil2 tu whatsapp jugak dengan geng2 utp masing2 dh membebel suruh pegi hospital terus..
Sampai rumah aku baring-baring lagi.. tengah fikir nak pegi hospital ke tak..kalo pegi b4 buka konfim burned puasa aku kene seluk2 semua.. so aku decide untuk pegi hospital lepas buka nanti..
Mulanya sebuah Perjuangan..
8.30 malamHospital Pakar An Nur Bangi
Lepas buka aku kemas semua barang-barang untuk dibawak ke hospital..in case kalau kene tahan hari ni..aqil and dikya pon redha je duduk ngan makngah ayu dia.. takde pulak nak ikut aku ke ape bila cakap mama nk gi hospital.. So otw driving ke hospital mcm2 aku pk.. jadik ke tak beranak tah.. Hafiz tau aku rasa tak selesa..tp dia ingt biasa2 je..
Sampai hospital..aku terus kene naik labor room.. check ctg baby.. so bermula laa episod berwayar2 kt perut..ada sorg bidan ni mintak izin nak check bukaan..so bila dia check apparently dah 3-4cm!! Ya Allah.. officially jadik beranak laa aku malam ni.. and seperti biasa aku sorang-sorang kt labor room sementara tunggu hafiz otw dari terengganu.. mujurlaa ada whatsapp..mbr2 dan family banyak bagi support so aku taklaa rasa keseorangan sangat sambil layan contraction..
![]() |
| before deliver! |
Then time2 tgh syahdu layan contraction sorg2.. mak call.. dah sampai hospital! Ya Allah mmg tak sangka mak sanggup datang sebab ajim still sekolah esoknya.. Nangis aku peluk mak..dia tau aku perlukan dia time-time camni kan..mak temankan aku dalam labor room sementara tunggu hafiz sampai.. cuma this time aku perasan yang contraction tak berapa ganas.. or maybe tahap toleransi aku dengan sakit tu dah semakin meningkat compared to masa bersalin dikya dulu..
Pukul 1.00 pagi hafiz sampai.. bukaan dh 6cm tapi consider lambat since air ketuban dah pecah pukul 10 td.. Dr dah mula risau.. dia masukkan ubat untuk percepatkan bukaan sambil check ctg jugak.. tersengguk-sengguk jugak pacik tu temankan aku..hehe. Pukul 3.00 pagi.. Dr info yang heartbeat baby dropped stiap kali contraction.. its like baby 'tak tahan sakit'..Dr observed lagi.. sampailaa pukul 4.00 pagi.. CTG baby still sama.. Dr decide untuk caesar sbb takut baby distress! Aku dah terlopong..serius ke ni?? then Dr try check bukaan for the last time before decide untuk caesar.. Alhamdulillah...Dr cakap almost fully dilate..so dalam sekelip mata semua nurse-nurse dalam labor room tu prepare untuk sambut baby aku..cuaknya Allah je yang tahu bila dua-dua kaki dah kene sangkut tepi katil tu..haha. saspen!
![]() |
| tgh layan contraction! |
Subhanallah..Alhamdulillah.. Its a boy. All covered dengan cecair putih..crying and physicically perfect!! Its the best feeling ever!!! *tp tak sempat snap*
Phewww.. finally settle perjuangan aku melahirkan anak ketiga.. terasa sangat manis perjuangan kali ni bila ditemani encik suami dan mak yang setia menunggu kt luar..barangkali berbakul doa dia agaknya. Terima kasih semuanya :) im officially mom of three wonderful child!
![]() |
| setel!! bole ^.^V lagi... |
![]() |
| welcoming the tiny guy in family! |
![]() |
| Happy daddy! |




















































