Showing posts with label aqil. Show all posts
Showing posts with label aqil. Show all posts

It's 2018!

Haha.. sian blogger ni.. to be honestnya rasanya skrg ni dah bukan zaman nk update kt blog.. semua via facebook dah kot kan.. tp old school is the best sometime.. by the way, hari ni hari rabu! haha semalam cutiii hari buruh 1 Mei 2018! selamat hari buruh kepada semua buruh-buruh termasuk aku.. tahniah kerana berjaya menjadi seorang buruh makan gaji untuk 11 tahun yang lepas dan harapnya diberi kesihatan yang baik untuk menjadi buruh untuk tahun-tahun akan datang!!

Soooo..how to start.. 2016 nampaknya takde lgsg post update.. 2017 1 je post.. so camana kak dj nk mulakan semulaaaaa cerita2 yang bersarang kt dalam hati ni.. kehkehkeh.. let's try!

Work!

Talking about work.. ada bende sikit aku nk update.. 8hb Mei 2018 ni genap lah setahun aku bekerja di Jabatan Kerajaan Tempatan under KPKT kt Putrajaya ni haa menyandang post Kader.. Alhamdulillah genap setahun jugak bekerja jauh dari mak ayah ( JKR ) tp sepanjang tempoh setahun tu rsnya takda lagi aku lupa n rasa mcm taknak balik JKR dah.. hahaha.. 2007-2017 wei.. rsnya aku ingt lg moment aku menangis mcm nk pengsan ms last day aku kt BPKS, CKE.. terasa sedih sangat nak tinggalkan team-mate yang best dan environment CKE yang bole dikatakan semua dalam otak aku.. tapi sesungguhnya perubahan tu untuk sesuatu yang lebih baik inshaAllah.. so walopon rasa berat tapi akuuu happy sebab tak perlu lagi nk tempuh jammed dari kajang ke KL.. and it would be easier for me untuk uruskan anak-anak yang makin hari makin beso.. dikya pon dah darjah 1! haaa takpe tu nt cerita kt bawah.. Jabatan baru ni walopon aku bjaya sesuaikan diri dengan team baru tapiii manakan sama keje ngn JKR.. itulah namanya pengalaman kann.. so far so good dan harapnya aku bole mengekalkan kecemerlangan yang samaaaa kt cni ( cemerlang ke dlu pon? ) hahahaha


kenangan jd dj di cke hehehe

Kids!

Kakak dah sekolah!  

Masa beratur amik ujian saringan darjah 1
Its 2018.. since kt atas td dh cerita pasal perubahan kan.. so bersambung jua perubahan yang ketara untuk anak-anak.. Kakak tahun ni dah darjah 1 and since si kakak ni dapat offer ke SK Saujana Impian which is katanya sekolah ni Sekolah Berprestasi Tinggi makanya aku pon berusaha keras utk masukkan aqil ke sekolah yang sama.. means that aqil kene tukar sekolah dari Seri Abim ke SKSI, dari swasta ke goverment school! Seriusly big jump kan.. sian aqil.. tapi apa nak buat.. kewangan mama dan papa pon taklaa begitu strong untuk sekolahkan dua-dua kt private school.. lgpon i think SKSI ni pon not bad juga. So.. 2018 ni bukan takat mama je yg kene berkorban.. anak anak pon terpaksaaaa juga.. 

And Alhamdulillah.. seem like Alya pon smart girl juga.. masa ujian saringan dapat masuk kelas 1 Marikh. Kelas kedua actually. cuma kelas ni special sbb kelas DLP ( Dual Language Program ) yang mana bdk2 ni akan belajar n practice Math n Science dalam bahasa english! its challenging tp lets tryyyy.. i hope she will be ok! Ujian 1 haritu semua A+ so harapnya maintainlaaa sampai bila2... hehee

Oh and abang pon not bad! Diterima masuk ke sekolah tu and still adapting with new environment.. sekolah government ni letih sikitlah katanya sbb kene jalan sikit nk tgu van pastu tkejar-kejar nk gi sekolah agama pulak.. tp dah 5 bulan ni nampknya oklaa.. xda lg ayat2 taknak p sekolah.. in fact aqil very good in term of bangun pagi.. kol 5.40 dah bangun mandi.. siap2 and van akan datang pick up dalam pukul 6.10-6.15am.. awal gila.. tp that's life!! yang susah tu laa yg buat kite jadi orang.. hahaha ayat selamat. 


first day. abang sessi pagi.. kakak sessi petang

sekolah agama. lucky no 1

Aisy pon dah masuk Taska baru kt KPKT!

pegi balik keje dengan mamat niiii 

Love!

Kalo tak membawang pasal leff leff ni tak bestlah kan.. alhamdulillah a years has passed means dah tahun ke 11 laa ktrg kawin tahun ni and tahun ke 11 jugak duduk tak sebumbung.. tp itulah rezeki kami. Sedangkan lidah lagi tergigit.. cuma we'll improved! yang salah yang silap tu kita jadikan sempadan dan yang baik jadikan sempadan! hehehe semoga Allah memberkati kami sekeluarga untuk tahun 2018 ni dan tahun-tahun akan datang! 

lefff you papa!
OK stop dlu.. nanti sambung lagi yeeeeeeeeeeeeeeee 😉

2014 vs 2015

Sisa-sisa 2014 

My fruit heart at tesco - 25 Disember 2014

Seminggu sebelum datangnya 2015, kami anak beranak balik kampung.. melepak kat melaka menghabiskan sisa-sisa 2014. and this time hafiz cuti paling panjang.. n paling lama rasa dapat tengok muka dia kat rumah.. hehehe.. terasa indahnya bila ada orang tolong buat keje rumah n tlg tgkkan anak-anak.. paling best bila rasa ada je orang teman. I guess itula perasaan isteri-isteri normal yang berpeluang dapat idup dibawah satu bumbung dengan laki sendiri.. :) inshaaAllah my time will come. Keep praying dj! 

Well.. talking about 2015.. semangat aku tahun ni tak laa berkobar mana spt tahun-tahun yang sudah.. sbb mcm kecewa dengan diri sendiri.. tak penahnye dapat nk achieve seme azam-azam tu.. Yang konfirm failed : 

1. No handphone after 7pm 
2. Ganti Puasa 
3. Better wife lalalala~ 

Tapi disebalik failure list tu.. ada jugakla yang bjaya dicapai.. contohnya : 

1. sikitttt lagi nak 45kg ( 46kg kot.. tp tu hanya sementara ) ;P 
2. Sekolahkan aqil kt Seri Abim 
3. Beli CD HH 
4. Family first ( buktinya : i ols duduk di opis tanpa outstation sepanjang 2014 woi.. *pecah rekod* ) 

Another big achievement yang sebenarnya aku tak jangka pon aku akan dapat dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah sendiri ( guna loan gov ) di Taman Tuah Permai kat Durian Tunggal Melaka.. Semua dah selesai kecuali nak sign agreement dari lawyer.. Expected to completed on Disember 2015. Aku pon tak sure ape nak buat ngn rumah ni.. Tapi yang sure its really biggggg jump! and this year gonna be tougher ( financially ) if aku x manage betol2.. huhuhuhu 

Floor Plan 22x70 

Location Map - Tak jauh dari simpang ke Durian Tunggal 

Tadaaaa~ gambo atas brochure 

Cerita Pasal Aqil dan Sekolah Speselnya~ 


Well.. Previous entry dah cerita betapa serabutnya otak aku memikiorkan tentang arrangement aqil n dikya ke sekolah baru masing-masing.. So as planned in the offer letter, aqil kene attend Hari Suai Kenal di Seri Abim pada 2hb Januari 2015. Hari Jumaat. So aku kene mintak EL. Since cuti untuk tahun 2015 belom boleh nak apply through HRMIS. So a week before, kami dah bersungguh-sungguh mempersiapkan segala keperluan anak teruna kami untuk ke sekolah! Dari hujung kaki sampai hujung rambut.. siap berdouble-double lagi. Syukurlah wahai anakku.. Moga Allah mudahkan urusan kamu dalam menuntut ilmu dan menjadi anak yg soleh, berguna pada agama, bangsa dan negara! Chewahhh... *syahdu..tak sangka anak dah besar*

Model tengah praktis baju baru...kasut baru..beg baru
Ni pada hari kejadian, aqil dengan coolnya masuk kelas.. Takde tanda nak nangis ke ape.. Just really cool and ready untuk start sessi sekolah. Cikgu-cikgu nampak okey.. and parent sangatla ramai and super excited macam kami jugak.. Kelas n environment sekolah tu secara overall nampak okey.. Toilet pon bersih.. Ada tali paip tp tandas cangkung.. Harap aqil no problem with that 


Siap peace lagi !

Im a super proud & super worry mama! 
Huhu.. So selesai je hari tu.. aku bersungguh-sungguh cuba setelkan urusan yang pending.. ie : transit and transportation aqil n dikya ke sekolah masing-masing. And by the way, dikya confirmed ke little caliph cuma papanye belom bayar lg registration fee! ;P hahaha.. inshaaAllah akan diselesaikan sebelum start sekolah.. 

well.. status skrg.. Dikya n aqil dah tukar ke taska intelektual saujana yang selang 3 rumah skrg.. So far everything nampak ok walopon aku still x bersua muka dengan owner taska tu.. and aqil cakap taska tu takde TV.. hmm.. aku cuba untuk tak jd begitu fussy.. walopon hati sedikit tercuit. Kesian anak-anak aku.. confirm bosan tahap maharaja lawak.. huwaaa :'( 

Bila dah confirm taska.. dah bole settlekan van.. After calling sane sini, akhirnya dapat jugak van sekolah yang boleh amik aqil dari taska tu ke abim dan anta balik ke taska ptgnya.. Dikya pon kene naik van.. Cuma to be secured, aku carik van yang drivernye perempuan.. So semalam settled dua-dua.. Yang tak settle duitnye jelaa.. 

Both untuk aqil n dikya per month : RM540 ( taska + school fees + van ) 

Bab duit tu takpe lagi.. tp yang penting, aqil n dikya bole blajar elok2.. pandai2..behave2.. tu je yang mama n papa harapkan.. bab2 lain takyahlaa pk. pandai laa kami carik.. walopon terpaksa la korek tanah mana buat masak sup! *harharhar*


3. Cerita Pasal Perut *wink* 

Sisa-sisa 2014 kami dikejutkan dengan berita gumbiraaaaa susulan dari insiden-insiden yang tak dijangka~ hahahhaa. Dipendekkan cerita.. untuk bln 12, aku ada perasaan yang period aku akan overdue.. and tetibe je ada simptom2 pelik pada diri : 
1. pening & rasa mual ( esp pagi ) 
2. rasa letih and lesu.. badan rasa penat sangat ( and malas juge ) 
3. Jerawat banyak tumbuh area dada n belakang badan ( it happened bila preggy b4 ni ) 
4. Terasa asik nak makan aje 
5. Diet tp berat tak turun.. Perut makin naik 

So akibat curiosity yang membukit, aku pon beli pregnancy test 2 days b4 due period.. dan hasilnya : 

Tadaaaaaaa *wink*wink*
So.. kalo ikut tarikhnye.. aku expect baru 5weeks camtu.. sbb baru 1 week delay ( masa test ni belom delay lagi ) so i pon relek2.. Tapi disebabkan perut aku yang rasa mcm beso sngat untuk sebulan pnye pregnancy.. Aku pon rasa curious kuasa dua.. Terus rasa nak pegi scan.. 

first scan kat Klinik Asuza.. Ni laa hasilnya : 

12weeks oii!!!!
Terkejut kan?? aku pon terkejut.. Tapi hati kecik ni dah ada perasaan yang diri ni dah berbadan dua walopon period regular je bulan 11 tu ( in fact period 2x - kuantiti x heavy sangat.. tp mmg bleeding ).. Kuasa Allah kan.. Sape sangka.. cuma kesalnya aku tak jaga makan pon sepanjang 3 bulan ni.. harapnya anak mama sihatlaa kat dalam tu.. 

Feeling? 
Subhanallah.. happy sangat2.. tak sabar nak dukung kamu sayang. Please be healthy my darling.. and make yourself comfortable there yek... 

Medical check up still kat Annur.. cuma 1st time tak dapat jumpa Dr Khamsiah.. Tapi baby nampaknya healthy.. dah gerak..jantung dh berdegup2.. Subhanallahhh. Tak sangka begini besar anugerah yang Allah bagi.. syukur ya Allah. Alhamdulillah :) 

Bile dah tau diri dapat greenlight untuk menggemukkan diri.. maka tugas utama sekarang adalah makannnnn.. makannnnn.. maknnnnnnn :D 

*mee kari sendiri buat*

*duriannn emas & lontong* 

 Kesimpulannya.. 2014 berakhir dengan seribu kenangan manis and for sure 2015 will be moree... inshaaAllah.. eventho its not going to be easy - tp yang aku confirmed Dia selalu ada teman aku :) Bila susah.. Bila senang.. Dia memang ada.

Dia memang ada.

:)


Dilema seorang mama bila ada anak darjah 1 dan 4 tahun!

Hehe.. Panjangnya tajuk entry.. dengan hanya membaca tajuk dah boleh tahu isi kandungan entry ye tak? hehehe.. itulaa yg aku rasa di saat ini.

Confused.
Risau.
Hesitated.
Over-think

Otak rasa penat betul asik pikir pasal ni.. Now almost end of November 2015.. means I just have another a month to prepare everything untuk bebudak ni.. Aqil memang officially akan ke Seri Abim.. cuma isunya.. how about the transportation? Spt previous entry -- Seri Abim ke umah kami bukan calang2 jauhnya esp bila aku dah pun berpindah kt office baru..opposite direction sangat tu.. silap2 kol 10am pon blom tentu sampai kalo pegi nganto aqil..huwaaaa

Yang menjadik nasi tambah lagi apabila dikya pon dah 4 tahun nx year.. it means she have to enroll to playschool! so.. kene pk jugak nak anta mana.. transportation..transit bagai.. and i should overthink on her since she's still a baby! ( at least for me.. ) masa aqil dlu.. makngah ada rumah tolong tengokkan dia pegi n balik tadika walopon naik van.. so hati senang la sikit.. now dikya have to stand on her feet or harapkan pengasuh nurseri tmpt dia transit tlg tgkkan.. itu pon kalo drg tengokla kan...


Option 1: 

Hantar aqil and dikya at the same transit/nurseri. Both of them will be picked up by different van, sorang pegi ABIM.. sorang pegi tadika. Bila petang jumpa balik ctu - tunggu mama balik keje.

rindu zaman ni nanti.. nx yr aqil will be in full school attire ( i think ) :'( 


Isu 1 : 

Mama still x jumpa taska/transit tersebut ( plan : taska sekarang - diff van to be contacted ) . Van yang masuk ke Puncak Saujana Sek,3 tu masih belom dpt dihubungi, hence, tak dapat nak disahkan aqil bole ke tak transit kat Puncak Saujana.

Isu 2 :
We ols super excited untuk register dikya kt sek lama aqil.. however, lepas memikirkan cons over pro maka aku decide untuk enroll dikya kat Little Caliph.. List of registration fees lebih kurang sama dengan tadika aqil.. tapi its included 2 pair of attire.. and backpack! books clearly spelled out..and since little caliph ni well-known program for kindy so why not give it a try kan? Yang aku suka sikit sebab monthly fees dia less about 100.. and operation hours till 6.30pm.. cuma...yang menambah rasa risau bila lokasi premis dia dari elok2 depan jalan taman aku ni bleh plak pindah ke area shoplot kt prima saujana!! huwaaaaaa....

How to achieve Option 1? 

1. Carik pacik azman van aqil tu sampai dapat..konfimkan nurseri/transit tempat dia amik bebudak ni kt sekyen 3.. lepas dapat transit/van tu then baru leh setelkan dikya..


Option 2 

Have to send aqil to Taska Amira kat Saujana Impian. Ni mmg confirm ada van masuk ke Seri Abim cuma Taska Amira ni jauh la plak..kene lalu trafik lite n masuk dalam taman..and it will takes time for sure! dengan aku yg kene bekejar pi opis lg..so bit messy. But if dah xde choice nak wat cane kan.. Ill asked to confirm with Taska Amira tru fb message whether ada van p anta kt little caliph.. if yes then bleh la dua2 transit kt ctu.. but i seriously hope that solution no 1 tu yg 'menang' huhuks


How to achieve Option 2 :

Wait until Option 1 officially cant be achieved.. haha!

I have 1 month left. Clock is ticking dj!
tick tock tick tock



May Allah ease everything. 
Amin.







SERI ABIM challenge!

Alhamdulillah.. surat yang aku tunggu-tunggu sampai jugak akhirnya dan berita yang aku harap2kan pon akhirnya dalam genggaman..chewah!

Aqil diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam ABIM Sg Ramal untuk sessi persekolahan darjah 1 tahun depan. Syukur pada Allah.. daripada beratus-ratus calon yg amik exam hari tu..aqil berjaya jugak dapat tempat walopon kalo ikut dalam senarai tu..aqil berada dalam kelas 1 Othman yang bukan kelas yang pertama disenaraikan dalam senarai tu.. dia start dengan Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Hamzah & Zaid. So either way aqil kat team yang tengah2 tu.. hehehe. whatever~ its just a rank..dapat diterima masuk sekolah tu membuktikan aqil not that bad kan kan.. hahaha. SO MY WISHLISH ON 2015 CHECKED 1!

Tapiiiiii.... aku rasa setiap doa & harapan yang dimakbulkan tu pastinya datang bersekali dengan cabaran yang perlu aku hadap..dan cabaran tu kalo aku tafsirkan sebagai halangan dia boleh jadi beban pada aku.. tapi kalo cabaran tu aku convertkan jadik pemangkin mungkin dia boleh bentuk aku jadik emak..jadik manusia yang lebih baik dari sekarang.. In shaa Allah.

Things i should be prepared are:

1. Transportation.

How to send aqil to school? Location sekolah aqil tu agaklah jauh dan menyimpang dengan jalan nak ke opis..apetah lagi bila opis dah pindah kat kkr 2.. memang troublesome kalo kene berpusing balik ke Cheras-Kajang Highway di tengah2 peak hours yang menggila jemnya...

Transit? For now, aku still tak dapat carik van yang sanggup amik n hantar aqil.


Map di atas ni mmg nampak bahagia je kan..sebab ni pukul 10.00 malam pny condition.. tak tengok yang pukul 6.30-7.00 punye trafik!

So.. i seriously takde idea on how to settle aqil pny transport ni.. pegi kira ok laa aku bole try antar..balik camane plak kan? mampu ke aku smp kajang for at least kol 5.30 petang? Allahuakbar...

2. Arrangement for dikya's

Next year dikya dah 4 tahun n officially dia dah kene masuk preschool :)  aku sebenarnya suka dengan kualiti tadika aqil.. cuma location sekolah aqil tu buat aku kene pikir lagi banyak kalo kene transitkan sorg sane sorg sini.. So another option is kne sekolahkan dikya kt Taska ABIM.. katanya dekat je ngn SERI ABIM tu.. tapi aku x sure. Kene pegi survey dulu..

3. My route vs office hour

Yes! ni pon agak mencabar jugak nak fit dengan aqil punya schedule kan.. kalo ikut route dari sekolah aqil.. aku kene exit kajang and lalu sg besi. Tapiiiii..


So bayangkan ketika time bahagia ni je route aku pegi anta aqil + pegi keje : 20 + 35 : 55minit. tu time bahagia.. bayangkan kalo time tak bahagia.... T_T 

Esok aku kene study lagi map ni esp time pagi2 bute... if laa trafik increase up to 1hour. So aku kne spare 2 hours on the road. Aku kene gerak dari umah kol 6am. then reach sekolah aqil by 6.30.. then gerak ke opis in 1 hour..  if aku bleh smp dalam 7.30 kire ok gaklaa bole balik kol 4.30.. tp sepanjang aku keje kl ni.. rsnya bole sampai opis b4 7.30 bilamana budak2 cuti sekolah time ujung2 tahun.. haa yg tu pg balik keje mmg bahagia laa... 

Hmm.. apepon ni baru analisis tahap pertama.. analisis seterusnya dari segi impak kos & lain-lain akan dikemukakan dalam post akan datang. Baju keje x iron lagi.. and esok ade meeting yang menentukan nasib bos-bos dan kawan-kawan aku.. dan harapnya nasib aku jugak T_T 

Wallahualam.. 

Rabbi Yassir Walla Tu Assir :) 
Amin 

trobek raya 2014 ( part 1 )

2014 - Raya di Terengganu 

1) A day before Raya 

Seperti biasa - before raya haruslah mengemas diri esp tang rambut my little babies ( babies sangattt ) & hubby. My rambut? haha. tak payah nak kemas sgt. Cukuplah dengan adanya almost 1 dozen shawl by @bonafidescarf. Haha.. serious melampau tahap semangat nak pakai shawl untuk raya tahun ni.. So - layanlah gambar make over kanak2 ribena ini. 


Before make over
After~ make over sangattt. haha
Muke bahgia tunggu turn abg plak
   
Abang culture shock dapat rambut pacak! 

Jalan2 carik samping ( sebelum gunting rambut ) 

2) Persediaan raya 2014

Well.. dah namanya raya kan.. bukan takat orang je nak tukar baju raya - kasut raya - seluar raya.. tp incik k5 pon nak tayar raya jugak.. T_T 

Makanya -- a week b4 raya kot, kami 1 family menggagahkan diri ke Malim, Melaka carik tayar baru untuk K5 papa.. Alhamdulillah ketemuuuuu~ 

Nangis tengok tayar k5.. empat bijik dekat 3k.. untung la ko k5... 

Sob..sob..

Dikya & cap idaman mama
Baju raya tahun ni actually aku baru perasan kitorang recycle dari tahun lepas pny tema. ( Boring duh ) cuma tang me n dikya je lain sikit.. dua2 pakai jubah yg lace dia tu hasil titik peluh mama dikya yang amatur. Jahit asalkan boleh..asalkan nampak mcm melekat kt baju tu.. hahaha. 

Setel! 
Wops..hampir terlupe.. sebab k5 dah menuntut tayarnya.. maka incik langsir juga mau berganti la ini tahun.. hehehe. This year masih mengekalkan tema merah. Sesungguhnya merah itu mmg dah sebati dalam jiwa. So lbh krg 1month b4 puasa.. saya pegilaa mengadap Noraz Curtain.. gedak geduk gedak geduk.. lepas seminggu raya barulah saya ketemu dengan langsir idaman hati ni.. ehehe. No problem pon.. xde sape dtg rumah sminggu tu.. ehehe. Apepon thank you encik laki kak noraz.. sudi dtg kol 10 lebih pasang langsir umah i.. beria2 dia menyusun alun kain tu bg nampak seragam.. ehehe. 3 tahun lagi saya order k.. 

langsir lama dh berkhidmat 3 thn dengan begitu cemerlang

cuwit. walopon merah semata.

view terbukak sikit. *muntah*


3) Pagi Raya 

Alhamdulillah.. kami dapat solat raya sama2.. this year dikya semakin behave dalam masjid.. before orang start solat raya, dikya sempat amik quran n rehal tu.. then duduk kt sudut baca alfatihah ( dalam bahasa dia sendiri -- tp perasan mcm dah betol sgt dah ape dia baca tu ) .. ehehe.. aqil mmg usah disangkal lagi. performance superb seperti biasa..dari terawikh 2 hari sebelum smp la lepas solat raya.. this is one of the best part bila beraya kt terengganu. 

 

Lepas solat raya, haruslah ada sessi bermaaf-maafan gaya family en zamani & pn zaimah.. tp walo camanepon gayanya, aku tetap syahdu syahdan ngn mil. tau aku banyak sgt dosa kat drg.. and bila dah tua2 camni rasa bertuah sgt ada mil yg understanding & tak penah interfere life ktrg & tak penah bg masalah kt ktrg anak beranak.. if and only aku pandai cakap terengganu -- masak stail terengganu -- segala2 mcm org trg.. mesti drg lagi sayang kt aku. hahaha! hipotesis paling tak masuk akal... 

Antara fam pic paling ok :')

ready nak pegi jalan raya dah!
  
3kali raya - masih berputing! 
anak bujang yg plg sweet 
senyum senget - trademark aqil
Ok dah.. setel raya 1st. Raya kedua kami dah bersiap2 untuk mengangkutkan diri untuk beraya di sebelah melaka plak.. ehehehe. 


Snapshot Ramadhan 2014

1. Ujian Pra Kelayakan Murid Tahun 1 - SRI ABIM, Sg Ramal, Kajang

Till today --  masih takde sebarang jawapan. Kalo tanya aqil dia cakap ujian tu senang ja. Tapi entahlah, hati mak ni kan..gundah semacam ja..tiap2 hari check post box..berharap sangat aqil dapat sekolah kt situ.. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala-galanya. 

muka konfiden ja sebelum amik exam.. selepas pon rupe ni jugak!

2. Meronggeng bersama budak joreng & Mama dieha 

14 Julai - a day before Cuti Nuzul Quran, aku keluar meronggeng dengan budak kecik kt bawah ni dan tak dilupai member secetak -- sesaiz -- sekutu -- dan mcm2 se lagi -- dieha. Kebetulan, aku cuti dan aku bosan melepak tengok mak menjahit baju.. so i ols pon amik kesempatan untuk keluar jap.. sangat jarang boleh keluar dengan macik dieha tu sebab Isnin tu still sekolah and I knew, macik dieha tu bukan senang2 dapat keluar.. Nak dijadikan cerita, tibe2 dia free.. so kami bertiga ( Aqil x ikot sebab dia posa ) pon jalan2 perabih duit ( tak abis mana ) kat Kaison, Mahkota Parade. 

AKu jadik saiko dalam kaison tu.. semua barang rasa nak beli.. tapi last-last aku amik bunga2 untuk letak 2 tempat kat umah mak..x abis rm50 pon..hehehe. Cermin mata joreng kt bawah ni pon rm2.50 ja

Amacam? Bole jadi model Poney tak

 3. Make-over sangat  

Cubaan kakton mengubah hall kakton dari segalanya merah-merah-merah kepada sikit2 kaler lain..hehehe. Thanks to my twin yg banyak bagi pendapat bab-bab kaler ape nk pilih untuk bantal tu..hehehe. Walopon dia suruh tukar kaler pink tu..tp jiwa i mcm suka plak campur2 camtu.. mcm ceria2 plak kan..Takdelaa garang semacam je..

Untuk dining pon aku ubah sikit kat frame -- jadi kt situ tema kaler dia kuning-merah-hitam. Selangor dihatiku kononnya.

Langsir pon dah tempah..malangnya belum siap. *sigh*


4. Peel di bulan Ramadhan 

Layankan aje...
Tengok tangan dia tak lepas pon kt puting... aiyooo..makin menjadik plak kasih sayang dikya pada puting..
tapi hati ni x sampai nak gunting puting tu..
Hmmm...


   


Orang paling puasa sekali


Reward. 
Aqil dah semakin matang dan semakin hebat berkata-kata..hehehhe.. Ketahanan mental n fizikal pon nampak improve. Alhamdulillah..termasuk hari ni dia dh puasa 15 hari..hehehe. ok la tu kan..super skinny mcm dia ni mmg x sampai hati nak kasi puasa.. T_T So kalo dia dpt 10 hari pon bg aku dh kejayaan besar sangat dah..hehehe.

Ok..tu dulu, nanti kalo ada masa yg agak-agak tak berapa nak guna aku update plak episod hari raya yang bakal menjelang 3 hari lagi..wehuuuuuuuu.

p/s : kene bayar fidyah lagi tahun ni. hancus azam!


bila ada suka..kompom ada duka:(

Things happen for a reason.

Pesan org tua2 --
jangan suka suka sangat..kang ada yang menangis.

dah memang betul. bende tu selalu jadik kat aku kalo aku lupe diri..last week aku banyak lupe diri sebab hepi pny pasal. jalan2 sedut angin sejuk..so minggu ni..aku sedut angin seram sejuk. perkataan seram tu penting. so balance la kan.

Meh citer.

Actually aku mmg dh bole agak..november is not an easy month for me. eventho its started very well tp permulaan yg bagus x semestinye ending pon bagus jugak kan..even dalam fairy tales pon it started dengan kisah2 sedey then brlaa happy. so dalam kes aku terbalik.

November yang sedih

Bulan November adalah bulan yg aku seram sejuk nak tunggu.Sebab bulan ni aku paling banyak komitmen.

1. Renew roadtax and insurans - cost me about RM1500. : Settled!

hadiah birthday 2013

2. Service choco ( minor svc) - maybe cost me about RM500 : Belum settle! 

So aku sebenarnye dah tak brp mampu nk ada komitmen lain. Tapi yelahh..malang x berbau bila tayar choco pancit tetibe. saat aku nk balik umah..dari jauh aku nampak tayar choco lain maciamm lembiknya. Sahlaa pancit. Aku panik sbb dh pukul 6 lebey dan sorg pon takde kt opis. Tapi aku cube relek dan pegi mintak tolong pak gad.

Alhamdulillah.Proses tukar tayar tu dipermudahkan walopon pak gad tu kurus keding je orangnya. Moga Allah membalas jasa beliau. Aku tgk pastu koko dah tak mcm koko..kecit je spare tayar tu...aku sedih tgk  kau koko..nak tampal tayar tu malam tu jugak semua kedai dah tutup..so esok jelahh kite pegi kedai tayar.

Esoknya ---
Dikya badan panas..demam since hari isnin tu x kebah pulak..ubat montot n panadol tu xjalan..aku dh risau..tp tayar koko tak ganti lg..so lps balik keje aku pon terus ke kedai tayar yg lf 15minit nk tutup!

Tayar koko dipancitkan oleh stapler yg medium saiznya. elok kene kt tepi tayar. Pelik kan..macamna bole kene kt ctu -- Allah je yang Tau. Kalaulah itu dari khianat manusia -- aku syukur sebab tidak diapa-apakan..aku syukur Allah lindungi aku dr manusia khianat tu..tapi kalau itu adalah dr kelalaian aku..aku terima dan mungkin ini juga 'hadiah' atas ke alpaan aku..

Yang menyedihkan -- tayar yang masih cantik bunganya tu xboleh diselamatkan sebab puncture tu mengena kt bahagian tepi. So aku kene tukar tayar baru.

Cost me about RM280! - Settled!

Aku nangis dalam hati..serius nangis..duit mengalir macam air.. huhuhuhu T_T

Tapi takpe..janji dah selamat.Then siap je tukar terus bergegas hantar dikya ke klinik.. Dr bagi antibiotik..tp dia pesan kalo within 2 days dia x ok..kene dtg balik amik referal letter then pegi hospital. Isk Isk Isk.. dalam keadaan yg hafiz x balik minggu ni..harap sgtlah takde musibah lain menimpa ktrg..

Alhamdulillah..

Dikya recover lepas makan antibiotik tu..walopon still dalam mode cranky. asik nk berkepit n nangis beria...tp yang penting badan dia dh x panas lg..



Semalam ( Friday ) pegi sekolah aqil..amik progress report. Hatiku sedih lagi bila markah aqil untuk 2nd term ni turun sikit dari last term.. keciwaa sket walopon teacher tu kata aqil masih dalam kategori A.. tapi patutke aku salahkan aqil sebab aku sendiri yang kurang mengajar dia kt rumah..aku yg tak praktikkan english dengan dia..dan bila sampai opis-- Encik Boss tanya dan ayat2 dia pesan banyak bagi aku sedar ---

Why u must ranked him? Its just a kindergarten. They are suppose to have fun!
He's still have long wayyyyyy to go. Be with him. Encourage him.

Adoi...
bukan senang aku nk amik advise tu bute2..
tapi yelahh..aku terpaksala terima. Kalo dah 100% all da time konfom aku akan take for granted. rileks. tapi bila dah mcm ni barulah aku celik biji mata.

Result aqil 2nd term :

Bahasa : 84%
Math : 94%
Integrated : 60%

Mama have to work harder! aqil nx year dh 6 tahun..orang cakap dh stat sekolah betol2 b4 enroll to sekolah kebangsaan..mudah2an segalanya dipermudahkan..

Kasihani kami ya Allah.
Kasihani kami.


cerita pasal convo ^_^

Rombongan Cik Mayom ke UTM, Skudai

Convocation kakcik is one of the event yang kitorang satu family tunggu2.. since last convo yang kitorang attend adalah pada 4 tahun lepas ( rasanya ) -- convo didy ( Diploma Pembantu Perubatan ). Bila convo je kan..wajiblah ada rombongan cik mayom..dan selagi boleh kitorang akan pastikan kurang2 1 batalion pegi tengok. hehehehe.

Trip this time involve adik beradik & nenek atuk..tp hafiz & zan ( laki along ) tak dapat follow..since konvo kakcik jatuh pada hari ahad..hafiz mmg keje la kan..kalo dia cuti skali pon..ktrg akan rush kne blk kjg hr tu..so nk elakkan bende2 rush ni aku ckp kt dia..xpelaa..xyah balik..senang aku nak arrange masa aku kt sana..hehehhehe.

Oh and..we missed dikya n harith too..makngah dikya ( ayu ) volunteer nk jaga dikya..since kesiankan aku kalo kene manage dikya kt sana sorg2..kalo ada hafiz xpe..lgpon sllnye konvo ni serabuk perut sket..sbb konpom2 penuh dgn org..panasssssss..so nk selesa..dia willingla jaga dikya kt KL..huhuhu..aku redha kan aje..sbb mmg ada btol pon..tp nk kt dikya akan menyusahkan..actually tak kot..sbb dikya pon bkn budak yg ssh nk jaga..asal ada puting -- hp ( layan utube ) -- makan cukup -- tido selesa..lgpon 1 malam je..so trip ni aku berdua2 je ngn aqil..wuwuwuwu
tenang je aqil tido -- we missed dikya & haris utk trip ni

nenek pon tido..penat masak utk bekalan ke utm

Pulai Spring Resort, Skudai



posing depan kaunter registration @ Pulai Spring Resort

Review : 


Tempat boleh tahan cantik n selesa laa utk family besar2..rate 1 malam 3 bedroom - occupied to 9pax lebih kurang RM 540.00.. oklaa kirenye. cuma kitorang x amik bfast..so xdpt nk komen byk pasal foods seme..tp kaunter register kecik..lif kecik..takde iron dlm bilik..aku call nk iron siap kene sekolah plak..ktnye kne gune iron setengah jam je..sbb org ramai..seme nk guna iron..wdh? kate 5 star! main share2 iron plak dahhhh... So check in ptg tu..ktrg lepak2 je smbil makan2 ape yg dibawak dr melaka. Mak masak nasi impit - spagetti - kek batik - nasi lemak - nenek bawak..nasi putih - sambal ikan bilis - lauk dia..hahaha..so masing2 kekenyangan mcm ular.. Ptg sikit kakcik datang bawak murtabak cheeseeeeeeeeee..mak datok aiii..gile sedap kot...... harga pon dh mcm pizza! gile kentang weh...


Hari Convocation Kakcik 


Since, kakcik is my last sister merangkap anak pompuan bongsu.. dan merangkap jugak anak mak abah yg paling bijak..paling excell dlm stadi..dari dia sekolah rendah ( UPSR 5A )..sekolah menengah ( PMR 9A / SPM 10A ) dan skrg..kakcik dapat Degree in Petroleum Engineering --- dan guess what? minah ni boleh dapat Anugerah Dekan - First Class Degree. Fuhhh..wa cakap sama lu der. Alhamdulillah..tumpang bangga sekejap..tak dapat bayang camane dia blajo..apepon tahniah diucapkan pada kakcik..dan happen to be..hadiah convo yang paling dia tunggu adalah bila dia dapat offer keje dengan Schlumberger. One of the best co in OnG industry! Once again..Tahniah kakcik...we r so proud of u =)


 * us *





Memories

Cerita pasal convo..teringat time aku convo dlu..smp skrg aku rasa sgt terkilan dengan apa yg jadik..and im being so immature when still talking about what happen on that day..

Aku kol 7am lg dh beratur masuk dewan..its a bit early.. dan aku tatau menau ape jd kat luar sana..cuma deep inside aku harap mak abah tgk aku amik skroll dari Tun Mahathir dengan bangganya..walopon aku bukanla 1st class degree..tapi still..degree niii.! 3 pointer la jugak...

Then..moment yg ditunggu akhirnye tibe..lps je aku amik skroll aku jenguk2 kt tmpt audience..tak ku nampak mak n abah..tp aku nampak 1 muke yg aku paling kenal -- hafiz. hati remuk wa cakap lu.. kluar dewan..saat org lain..mak bapak dia meluru dapatkan anak drg dgn bunga la bear la bagai..aku keluar --- sepi. tak tau nak carik sape.. tp hafiz dtg dgn bunga.. bunga pon layu. terus meleleh air mata aku.. sedih sepi..rasa tak dihargai..

Actually.. parents aku n adik bradik lain drg tgk aku dalam dewan yg lain melalui skrin besar dalam dewan tu..jauh sikit dr dewan konvo..so aku cr2 drg n smp2 nampak mak je terus aku nangis -- marah -- kenapa takde sapa tgk aku dalam dewan?? kenapa??

Thinking about that buat hati rasa bersepai.. even skrg pon rs bergenang biji mata ingtkan.. tp be positif..aku kne paham yg abah masa tu x sehat sgt..n drg xde guidance nk pegi mana..tgk kat mana semua ( kot ).. tp yg penting drg dtg..

So..my own version of convocation taklah seindah kakcik..or sesape yg lain..gambar pon hampeh! keje pon xde lg msa tu..tapi 1 thing i know for sure...

Hafiz sentiasa ada dengan aku. Good or bad times.. Walopon sometimes hes not a good listener tp paling tidak he's always by my side. dari dulu smp skrg..hrp2 smp bila2 juga..

Thanks syg.. i may overlooked u..tp without u my convo will be worst..

Apepon alhamdulillah.. im what i am..im who i am..

Finishing


Sampai rumah pukul 8pm..dikya smp pukul 10..smp2 terus peluk dia..adoiii sesungguhnya mama rinduuuuu kt dikya.. hopefully korang berdua dapat tgk mama pakai robe utk master satu hari nanti..in shaa Allah.

Mari tanam impian utk perbetulkan memori x best sebelum ni .... =)