Showing posts with label occasion. Show all posts
Showing posts with label occasion. Show all posts

Dikya dah 4 tahun!!

Setelah 3 bulan baru berjaya mengupdate kejadian meraikan birthday Nur Alya Qistina aka dikya aka budak paling chicky n paling sweet n paling comel dalam family we ols! hahaha.. kasi chance laa dia sapu semua.

1st celebration
Laman Grill Kajang
26.03.2015 


Di hari kejadian.. 26 Mac 2015 tu kebetulan papa drg ada.. so kami se-family yang comel ni pon pegilaa ke Laman Grill kat Putra Kajang..ehehe..ala2 celebrate beria la konon sempena birthday dikya dan jugak sempena papa dapat bonus *woot*woot*..

kek dikya :) sedap ooo..

our main sponsor..hehehe :)



Happy birthday dikya!

Specialnya celebrate birthday kat Laman Grill ni adalah apabila masa drg keluarkan kek ce-poet dalam pinggan yang bapak beso tu..satu restoran akan bergema dengan lagu birthday and crew restoran akan nyanyi ramai2.. dikya terkejut n happy gila tgk semua org tepuk tangan sebut nama dia.. Aqil pon terkejut n pelik camane semua orang boleh tau hari tu birthday adik dia..

Food wise - of coursela sedap.. cuma hari tu aku tersilap pilih menu.. so jadinya tak berapa nak sedap. aqil spt biasa laa dah 2x datang mushroom soup n roti tu jelaa yang dia makan.. Dikya last time suke gila spagetti bolognese dia..tp this time sikit je disentuhnya... Papa amik steak.. Overall it was very memorable event for us anak beranak.. Skali skala celebrate kat fine dining memang menyeronokkan! hehe.



2nd celebration 
Little Caliph Kindergarten, Prima Saujana
27.03.2015

si bulat mama!

Alya and teacher mira :)


Kebetulan birthday dikya sama plak dengan teacher dia.. So on the next day tu kami seponsor la seketul kek untuk diakikahkan bersama-sama kawan2 alya kt tadika.. Niat dihati nak sponsor spagetti n makanan lain pagi jumaat tu..tp tak tersempat.. so kek jelaa jadiknya n olso a goodies bag untuk kawan2 dikya..


3rd celebration 
Kenduri Doa Selamat - Taman Bukit Indah, Melaka ( Rumah Nenek )
27.3.2015

Sessi bacaan doa selamat dari geng surau TBI :)

Black & White Russian Cake by Aida . Tp deco by me!  :)

jubah sponsored by nenek :) Tq nenek

Sessi potong kek dengan abang!

Dengan itu berakhirlah sudah sessi meraikan anak dara saya yang kini secara rasminya berumur 4 tahun :) Hehe.. Next birthday abang on August plak nanti.. :)

To my only daughter so far - Happy 4th birthday darling.. Mama doakan alya jadi anak yang solehah.. bijak pandai.. sehat tubuh badan.. dilindungi Allah selalu dan u know. I love you more than anything in this world!




2014 vs 2015

Sisa-sisa 2014 

My fruit heart at tesco - 25 Disember 2014

Seminggu sebelum datangnya 2015, kami anak beranak balik kampung.. melepak kat melaka menghabiskan sisa-sisa 2014. and this time hafiz cuti paling panjang.. n paling lama rasa dapat tengok muka dia kat rumah.. hehehe.. terasa indahnya bila ada orang tolong buat keje rumah n tlg tgkkan anak-anak.. paling best bila rasa ada je orang teman. I guess itula perasaan isteri-isteri normal yang berpeluang dapat idup dibawah satu bumbung dengan laki sendiri.. :) inshaaAllah my time will come. Keep praying dj! 

Well.. talking about 2015.. semangat aku tahun ni tak laa berkobar mana spt tahun-tahun yang sudah.. sbb mcm kecewa dengan diri sendiri.. tak penahnye dapat nk achieve seme azam-azam tu.. Yang konfirm failed : 

1. No handphone after 7pm 
2. Ganti Puasa 
3. Better wife lalalala~ 

Tapi disebalik failure list tu.. ada jugakla yang bjaya dicapai.. contohnya : 

1. sikitttt lagi nak 45kg ( 46kg kot.. tp tu hanya sementara ) ;P 
2. Sekolahkan aqil kt Seri Abim 
3. Beli CD HH 
4. Family first ( buktinya : i ols duduk di opis tanpa outstation sepanjang 2014 woi.. *pecah rekod* ) 

Another big achievement yang sebenarnya aku tak jangka pon aku akan dapat dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. Dapat beli rumah sendiri ( guna loan gov ) di Taman Tuah Permai kat Durian Tunggal Melaka.. Semua dah selesai kecuali nak sign agreement dari lawyer.. Expected to completed on Disember 2015. Aku pon tak sure ape nak buat ngn rumah ni.. Tapi yang sure its really biggggg jump! and this year gonna be tougher ( financially ) if aku x manage betol2.. huhuhuhu 

Floor Plan 22x70 

Location Map - Tak jauh dari simpang ke Durian Tunggal 

Tadaaaa~ gambo atas brochure 

Cerita Pasal Aqil dan Sekolah Speselnya~ 


Well.. Previous entry dah cerita betapa serabutnya otak aku memikiorkan tentang arrangement aqil n dikya ke sekolah baru masing-masing.. So as planned in the offer letter, aqil kene attend Hari Suai Kenal di Seri Abim pada 2hb Januari 2015. Hari Jumaat. So aku kene mintak EL. Since cuti untuk tahun 2015 belom boleh nak apply through HRMIS. So a week before, kami dah bersungguh-sungguh mempersiapkan segala keperluan anak teruna kami untuk ke sekolah! Dari hujung kaki sampai hujung rambut.. siap berdouble-double lagi. Syukurlah wahai anakku.. Moga Allah mudahkan urusan kamu dalam menuntut ilmu dan menjadi anak yg soleh, berguna pada agama, bangsa dan negara! Chewahhh... *syahdu..tak sangka anak dah besar*

Model tengah praktis baju baru...kasut baru..beg baru
Ni pada hari kejadian, aqil dengan coolnya masuk kelas.. Takde tanda nak nangis ke ape.. Just really cool and ready untuk start sessi sekolah. Cikgu-cikgu nampak okey.. and parent sangatla ramai and super excited macam kami jugak.. Kelas n environment sekolah tu secara overall nampak okey.. Toilet pon bersih.. Ada tali paip tp tandas cangkung.. Harap aqil no problem with that 


Siap peace lagi !

Im a super proud & super worry mama! 
Huhu.. So selesai je hari tu.. aku bersungguh-sungguh cuba setelkan urusan yang pending.. ie : transit and transportation aqil n dikya ke sekolah masing-masing. And by the way, dikya confirmed ke little caliph cuma papanye belom bayar lg registration fee! ;P hahaha.. inshaaAllah akan diselesaikan sebelum start sekolah.. 

well.. status skrg.. Dikya n aqil dah tukar ke taska intelektual saujana yang selang 3 rumah skrg.. So far everything nampak ok walopon aku still x bersua muka dengan owner taska tu.. and aqil cakap taska tu takde TV.. hmm.. aku cuba untuk tak jd begitu fussy.. walopon hati sedikit tercuit. Kesian anak-anak aku.. confirm bosan tahap maharaja lawak.. huwaaa :'( 

Bila dah confirm taska.. dah bole settlekan van.. After calling sane sini, akhirnya dapat jugak van sekolah yang boleh amik aqil dari taska tu ke abim dan anta balik ke taska ptgnya.. Dikya pon kene naik van.. Cuma to be secured, aku carik van yang drivernye perempuan.. So semalam settled dua-dua.. Yang tak settle duitnye jelaa.. 

Both untuk aqil n dikya per month : RM540 ( taska + school fees + van ) 

Bab duit tu takpe lagi.. tp yang penting, aqil n dikya bole blajar elok2.. pandai2..behave2.. tu je yang mama n papa harapkan.. bab2 lain takyahlaa pk. pandai laa kami carik.. walopon terpaksa la korek tanah mana buat masak sup! *harharhar*


3. Cerita Pasal Perut *wink* 

Sisa-sisa 2014 kami dikejutkan dengan berita gumbiraaaaa susulan dari insiden-insiden yang tak dijangka~ hahahhaa. Dipendekkan cerita.. untuk bln 12, aku ada perasaan yang period aku akan overdue.. and tetibe je ada simptom2 pelik pada diri : 
1. pening & rasa mual ( esp pagi ) 
2. rasa letih and lesu.. badan rasa penat sangat ( and malas juge ) 
3. Jerawat banyak tumbuh area dada n belakang badan ( it happened bila preggy b4 ni ) 
4. Terasa asik nak makan aje 
5. Diet tp berat tak turun.. Perut makin naik 

So akibat curiosity yang membukit, aku pon beli pregnancy test 2 days b4 due period.. dan hasilnya : 

Tadaaaaaaa *wink*wink*
So.. kalo ikut tarikhnye.. aku expect baru 5weeks camtu.. sbb baru 1 week delay ( masa test ni belom delay lagi ) so i pon relek2.. Tapi disebabkan perut aku yang rasa mcm beso sngat untuk sebulan pnye pregnancy.. Aku pon rasa curious kuasa dua.. Terus rasa nak pegi scan.. 

first scan kat Klinik Asuza.. Ni laa hasilnya : 

12weeks oii!!!!
Terkejut kan?? aku pon terkejut.. Tapi hati kecik ni dah ada perasaan yang diri ni dah berbadan dua walopon period regular je bulan 11 tu ( in fact period 2x - kuantiti x heavy sangat.. tp mmg bleeding ).. Kuasa Allah kan.. Sape sangka.. cuma kesalnya aku tak jaga makan pon sepanjang 3 bulan ni.. harapnya anak mama sihatlaa kat dalam tu.. 

Feeling? 
Subhanallah.. happy sangat2.. tak sabar nak dukung kamu sayang. Please be healthy my darling.. and make yourself comfortable there yek... 

Medical check up still kat Annur.. cuma 1st time tak dapat jumpa Dr Khamsiah.. Tapi baby nampaknya healthy.. dah gerak..jantung dh berdegup2.. Subhanallahhh. Tak sangka begini besar anugerah yang Allah bagi.. syukur ya Allah. Alhamdulillah :) 

Bile dah tau diri dapat greenlight untuk menggemukkan diri.. maka tugas utama sekarang adalah makannnnn.. makannnnn.. maknnnnnnn :D 

*mee kari sendiri buat*

*duriannn emas & lontong* 

 Kesimpulannya.. 2014 berakhir dengan seribu kenangan manis and for sure 2015 will be moree... inshaaAllah.. eventho its not going to be easy - tp yang aku confirmed Dia selalu ada teman aku :) Bila susah.. Bila senang.. Dia memang ada.

Dia memang ada.

:)


Bye2 Mid Valley :')

Entry ni merupakan entry pertama aku di office baru.. No more in Mid Valley. So automatically no more window shopping, no more shopping spree or activiti cuci mata di kala lunch hour.. Now he we are in Bangunan baru yang serba korporat and serba serbi kelihatan sangat kemas. Alhamdulillah.. Despite all the troubles and challenges kami berjaya jugak menjejak kaki di sini..



My new workstation :) Before kemas 


Selepas kemas. Kemassss sangatttt

Baru lepas berjemaah makan burger bakar order dari officemate.. Kenyang gila. Lepas makan masing-masing buat kerja sendiri..lunch hour dikala jumaat ni mmg terasa heaven sbb lama sikit dapat menyembang2..

Im leaving Mid Valley with an open heart.. Alhamdulillah.. there's no unfinish business there. Allah tu memang maha kuasa. A month before leaving my room at Mid Valley, Dia dah bagi aku peluang untuk clearkan ape yang tak 'clear'..ape2 yang terbuku dan tersimpan di hati akhirnya terungkai dan kembali seperti biasa.. Syukur.. Aku memang benar-benar syukur.. I finally got my best friend again.

A month before leaving Mid Valley is kinda a moment for us menghabiskan saki baki impian untuk membeli ape-ape yang terasa di hati sebab tahu once dh pindah office nanti kami xkan kemana-mana dah melainkan kantin atas bukit and lunch ape yang ada. Selasa n Khamis la kalo ada pon untuk meronda-ronda di pasar tani.. ehehe,.

Pasar tani bawah opis.. 

Disebabkan bulan terakhir tu jugakla aku pegi menjerut leher sendiri beli ape yang teringin di tekak dan dijiwa lara ni.. Mohla layan napsu napsi sekali sekala walopon terpaksa merempat di awal bulan.. huwaa huwaa huwaa huwaaaa



Pengaruh rakan sebaya! hahahaha 

Buang tebiat.. tapi serius berbaloiiii


Yummehhhh.. ikut napsuuuuuu

One of the best portugese grill! 
  
Bolehlaa.. nice presentation anyway 


happy birthday soulmate!

Birthday hafiz jatuh pada hari Rabu tahun ni.. dan kebetulan.. rabu tu aku n budak2 mmg cuti dan elok je berkokok kat umah mak dia since hari isnin.. So aku bayangkan yang birthday celebration incik apis ni akan jd owesome jugak..sbb tahun ni dapat celebrate dengan mak ayah dia.. 

Preparation? 

Malam tu aku n budak2 pakat buat kad birthday untuk papa dia.. and tepat 12:00 malam kami pon bergegas kejutkan papa dia yg tengah sedap2 tido ( siap ada air liur basi! ) cehhhh!! hehehehe.. dulu apis mmg pantangggg org kaco dia tido.. boleh bawak gaduh la kirenye.. tp malam tu dia bangun dengan senyuman..hihi.. terharu kot. walopon aku mmg tak prepare pape yg special :( kebetulan aku mmg agak sengkek bulan ni..sbb setelkan macam2.. hal sekolah aqil.. srvis & bateri kete.. pg holiday kt morib..blablabla.. 

Kami nyanyi lagu happy birthday n apis nampak happy betul tgk kad tu..aku yakin kalo birthday aku xkannya dia mampu pk idea card diy n surprise bagai tu.. hehhe. So aku tau dia terharu..hehehe. 

Esoknya ( on his birthday ).. nak dijadikan cerita kereta abah ada prob bateri jugak..so kami tak kemane2 pon..and x dapatla nk belikan apis kek buat syarat besday kan..n knowing apis..dia xnak kek kedai biasa ni..nk cop yg secret recipe jugak.. taktau jugak kenape hari tu aku jadi redha je biarkan mak apis masak..sbb aku pk besday anak dia kot...mst laa dia nk masak special2 gitu kan.. 

Petang tu..bila apis balik keje dengan coverall kuningnya.. muka dia layu je tengok xde pape fancy celebration or even a cake for him.. luluh jantung.. tp apekan daya..im not in da position yang boleh plan2 beria.. so malam birthday apis berlalu dengan gitu2 aje.. dinner pon makan kt rumah ( lauk siang td - aku xmakan sbb frust xdpt prepare pape untuk besday suami sendiri ) T_T 


Belated celebration!

Sampai je bumi KL dari ganu tu..kami terus shoot ke JJ Balakong..nekad mau celebrate birthday incik husband.. Alhamdulillah.. sampai jugakla hajat walopon it just dinner & cakes with four of us. Apis cakap..dunia dia skrg cuma ada aku dan anak-anak.. itu dah lebih dari cukup *touched*




 








And I know exactly why he said like that.. Allah kurniakan kami dengan dua org anak yang sangat comel -- bising -- charming -- bijak dan paling penting sangat sayangkan dia walopon dia x selalu ada..but amazingly budak2 ni rapat dengan dia.. Alhamdulillah.. Tengok dia happy aku pon happy.. I guess for now..itu aje hadiah yang mampu aku bagi. hadiah berupa fizikal kene postpone. cari tabung dulu... hahahhaa *larikkkk*

heart transplant for choco! (and I need too ) T_T

Alkisahnya..

Few days ago.. hati dah trigger something on choco sbb mcm lambat je nk start.. tapi aku abaikan dengan harapan itu semua perasaan je..hehehe.. tah hape pnye harapan daa.. its not harapan act..its more to denial..huhuhu.. apetah lg bila aku dh curang pada mr.H sbb malas nak g servis center yang gila mahal n sometimes rs x masuk akal. dh terbiasa mengharapkan Ah Teng - mekanik turun temurun dari zaman arwah abah ada smp laa cucu cicit dia kluar dh. Ah Teng ttp mekanik yg mnjadi pujaan hatiiiii.. so on 40,000 svc aku telah mensengajakan diri untuk membatalkan warranty mr choco dgn mr H yg kononnya warranty 5 tahun.. xpela. aku trust ah teng boleh 'jaga' choco better than mekanik2 kt H tu.. 

Actually aku dah tak sanggup sbnrnye melayankan remeh n mahalnye srvis kt Honda ni..

Estimation svc kt Honda on 40 000 ( major svc ) lbh kurang rm1000. termasuk svc ac Rm250. tp cube tgk price kt Ah teng ( workshop ) kat area umah mak aku ni :

Total : RM 269.00 c/w free 1 bag. Kat Honda haram nak dapat free pape.. penahla dapat free - sampul raya! itu pon 10 keping ja.. hmph.. 

Rasa berbaloi yang melampau kan... filter ac siap ganti semua br RM60..Honda chargeRM250. 4 5 jam selalunya baru siap..tapi kat ahteng ni haa..anto kol 3.30 kol 4.15 dah siap semua.. hahahhaa.. happy tak happy i ols kan.. 

Tapi.. 

Hari ni.. lepas bersurai je Kursus Pengurusan Kewangan kt KKR kol 4.30, aku pon bergegas balik ke choco..niat di hati nak balik awal masak nasik n lauk utk aqil..tp sampai2 je kt choco..try start mcm biasa..tp choco taknakkkk juga startttt -_-" huwaaaa....

Aku mula laa gabra ayam.. tapi dalam hati yakin sangat puncanya jantung choco ni dh lemah.. dah setahun 10 bulan tak berganti kot.. tp sebab semua lampu n semua mak nenek yg boleh menyala kt dashboard tu boleh menyala dengan jayanya.. so aku agak saspen kt ctu.. mungkinkah jantung atau organ lain..... bab organ lain tu aku rs mcm nk kene panic attack.. terbayangkan warranty yg dh officially void..terbayangkan mana nak cekau duit.. terbayangkan camana kalo aku xleh balik dgn choco hari ni..camana nak amik budak2 n pg keje esok..huwaaaa..banyaknya pk! 

So..
Aku pon mula tanya pakar & sumber2 manusia yang boleh aku mtk tlg : 

call mak- mak kt bateri 
call mazreen ( opismate ) - dia kt konfim bateri. kene carik jumper. 
call huzairinah ( office sebelah ). ina ada jumper.. tp xde kereta sesuai n takde org nk tlg. 
call marwan. marwan xde opis.. 
call ilyana. ilyana dh balik.. tp dia try mtk tolong kawan2 husband dia. 
call hubby. tak pick up ( as usual ) 

Aku terpempan. stuck in the car yang xleh nk move. battery phone pon almost drained. masa ni dada berombak dah. baca Al Fatihah banyak2.. esp kt part: 

" Hanya Engkau yang kami Sembah, Hanya Engkau juga tempat kami memohon pertolongan " 

Aku tau..Dia je yang boleh tolong aku saat ni.. 

Around 5.30pm.. Huzairinah & the gangs dan kawan2 ilyana pon datang serentak. Akhirnya kawan ilyana yang berjaya menjumperkan choco dengan altis ( baru wa cakap sama lu...getar gakla tgk enjin dia..superb! ). At first susah gakla nk idup..mcm x ckp power.. tp rupe2nye sbb aku duk charge phone dlm tu..hahaha.. kene sound terus ngn tn empunya altis.. mst dia kt ( wat membazir bateri aku je.. ). So setel semua dalam kol 5.45pm.. dalam hati yang gundah gulana, air cond plak takleh pasang, jalan pulak jemmmmm gile babi.. nak kejo workshop utk ganti bateri lg.. huwaaaaa.. 

So tengah leka melayan perasaan & jiwa kacau bilau tibe2 datang plak satu motor dari arah depan and pangggg --- langgar side mirror choco.. Allahuakbar... mcm nk gugur jantung! huwaaa.. btambah2 laa serabut jiwa aku bila tgk cermin tu dah bgegar2 atas bawah atas bawah.. 

Smp kajang kol 6.45pm.. aku terus amik budak dulu.. dah lewat.. workshop pon byk dh tutup.. so aku pon gagahkan diri n tawakal je..if ada yg bkk ganti hari ni.. kalo xde esok2 jelah try carik.. so lepas amik budak2, aku try carik workshop.. Alhamdulillah.. Allah mudahkan urusan kami. Ada workshop baru betul2 kt deret kedai depan umah.. hehehe.. siap pasang sume dalam kol 7.15pm.. and side mirror yang bergegar tu dapat adjust balik n bole beroperasi spt biasa... syukur. 

Finally -
Choco successfully undergo his 1st heart transplant with the cost of RM200/=.hehe. Ingat choco..lg 2 tahun kita check balik jantung awak k... 

With all these heartbreak situation, aku mmg syukur yang teramat sebab Allah temukan aku dengan insan2 yang sudi tolong walopon bukannya kenal pon. Cuma, yang agak menyedihkan bila suami sendiri tak tahu pon ape jadik kt bini dia hari ni. As usual. 

Bila one of the guys yang datang tolong tu tanya :

" husband keje mana? nanti mintak husband bawak pi workshop.."

time ni.. 
hati sangat sayu. coz i know it wont happen that way. if and only they knew that im on my own for the past 7 years.. 

1. arwah abah meninggal -- dia org last tahu malam tu ( sbb keje plant - tgh shutdown ), smp2 dh kebumi
2. bersalin aqil - im in operation theatre, dia tgh buat handover note lg. kol 11 bersalin,kol 4 dia br smp. 
3. bersalin dikya - he's not intent to kiss my forehead..pandang dari jauh n tak langsung cuba untuk comfort me..apetah lg nak temankan bini bertarung nyawa lahirkan anak dia..( mabuk darah kot )
4. ms ada attempt nk pecah rumah few years back - dia tetap balik pegi keje n tinggalkan anak2 n wife dia dalam keadaan cermin dapur yang pecah (pk positif nothing wont happen to us ) T_T


So -- setakat bateri kereta mampos ni, apelah sangat. sikit sangat skala kepentingan dia.. and aku pon dah auto-tune. when something bad happen, do not call him. keje dia sangat2 penting dari segala2nya. so xpe. i can handle it.. 
Allah Maha Besar.
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. 


Dia tau aku boleh handle dugaan yang Dia turunkan.
Dia tau. 
So aku tau aku boleh. 
Sebab aku tau Dia ada teman aku. :) 


trobek raya 2014 ( part 1 )

2014 - Raya di Terengganu 

1) A day before Raya 

Seperti biasa - before raya haruslah mengemas diri esp tang rambut my little babies ( babies sangattt ) & hubby. My rambut? haha. tak payah nak kemas sgt. Cukuplah dengan adanya almost 1 dozen shawl by @bonafidescarf. Haha.. serious melampau tahap semangat nak pakai shawl untuk raya tahun ni.. So - layanlah gambar make over kanak2 ribena ini. 


Before make over
After~ make over sangattt. haha
Muke bahgia tunggu turn abg plak
   
Abang culture shock dapat rambut pacak! 

Jalan2 carik samping ( sebelum gunting rambut ) 

2) Persediaan raya 2014

Well.. dah namanya raya kan.. bukan takat orang je nak tukar baju raya - kasut raya - seluar raya.. tp incik k5 pon nak tayar raya jugak.. T_T 

Makanya -- a week b4 raya kot, kami 1 family menggagahkan diri ke Malim, Melaka carik tayar baru untuk K5 papa.. Alhamdulillah ketemuuuuu~ 

Nangis tengok tayar k5.. empat bijik dekat 3k.. untung la ko k5... 

Sob..sob..

Dikya & cap idaman mama
Baju raya tahun ni actually aku baru perasan kitorang recycle dari tahun lepas pny tema. ( Boring duh ) cuma tang me n dikya je lain sikit.. dua2 pakai jubah yg lace dia tu hasil titik peluh mama dikya yang amatur. Jahit asalkan boleh..asalkan nampak mcm melekat kt baju tu.. hahaha. 

Setel! 
Wops..hampir terlupe.. sebab k5 dah menuntut tayarnya.. maka incik langsir juga mau berganti la ini tahun.. hehehe. This year masih mengekalkan tema merah. Sesungguhnya merah itu mmg dah sebati dalam jiwa. So lbh krg 1month b4 puasa.. saya pegilaa mengadap Noraz Curtain.. gedak geduk gedak geduk.. lepas seminggu raya barulah saya ketemu dengan langsir idaman hati ni.. ehehe. No problem pon.. xde sape dtg rumah sminggu tu.. ehehe. Apepon thank you encik laki kak noraz.. sudi dtg kol 10 lebih pasang langsir umah i.. beria2 dia menyusun alun kain tu bg nampak seragam.. ehehe. 3 tahun lagi saya order k.. 

langsir lama dh berkhidmat 3 thn dengan begitu cemerlang

cuwit. walopon merah semata.

view terbukak sikit. *muntah*


3) Pagi Raya 

Alhamdulillah.. kami dapat solat raya sama2.. this year dikya semakin behave dalam masjid.. before orang start solat raya, dikya sempat amik quran n rehal tu.. then duduk kt sudut baca alfatihah ( dalam bahasa dia sendiri -- tp perasan mcm dah betol sgt dah ape dia baca tu ) .. ehehe.. aqil mmg usah disangkal lagi. performance superb seperti biasa..dari terawikh 2 hari sebelum smp la lepas solat raya.. this is one of the best part bila beraya kt terengganu. 

 

Lepas solat raya, haruslah ada sessi bermaaf-maafan gaya family en zamani & pn zaimah.. tp walo camanepon gayanya, aku tetap syahdu syahdan ngn mil. tau aku banyak sgt dosa kat drg.. and bila dah tua2 camni rasa bertuah sgt ada mil yg understanding & tak penah interfere life ktrg & tak penah bg masalah kt ktrg anak beranak.. if and only aku pandai cakap terengganu -- masak stail terengganu -- segala2 mcm org trg.. mesti drg lagi sayang kt aku. hahaha! hipotesis paling tak masuk akal... 

Antara fam pic paling ok :')

ready nak pegi jalan raya dah!
  
3kali raya - masih berputing! 
anak bujang yg plg sweet 
senyum senget - trademark aqil
Ok dah.. setel raya 1st. Raya kedua kami dah bersiap2 untuk mengangkutkan diri untuk beraya di sebelah melaka plak.. ehehehe.